HEADLINES

Lagi Ahli Parlimen PN akan sokong PM, ‘Mereka hanya tunggu masa’

Ahli Parlimen terbabit yang hanya menunggu masa sesuai untuk mengumumkan perkara itu, terdiri daripada parti Bersatu dan PAS

6:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal kekal yakin bahawa tujuh hingga lapan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), akan mengumumkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ahli Parlimen terbabit yang hanya menunggu masa sesuai untuk mengumumkan perkara itu, terdiri daripada parti Bersatu dan PAS.

Katanya, biarpun setakat ini belum ada sebarang pengumuman susulan pendedahannya minggu lalu, berdasarkan kekecewaan ditimbulkan berikutan tiada peruntukan diberikan, beliau yakin pengumuman itu akan berlaku.

“Ada…mereka hanya menunggu masa sesuai, ada dari PAS dan Bersatu. Kalau tidak sebelum habis tahun ini, awal tahun depan.

“Nama (siapa ahli Parlimen) tidak boleh lagi (maklum), sampai masanya saya bagitahu nanti. Insya-Allah, kalau lihat kekecewaan mereka itu, memang akan jadilah (umum beri sokongan).

“Malah sekarang PAS pun sudah mula bercakap soal pengisian, jadi apa yang saya cakap itu (ada yang akan sokong Perdana Menteri) betullah,” katanya kepada Scoop hari ini.

Minggu lalu, Syed Abu Hussin mendedahkan tujuh ke lapan lagi Ahli Parlimen PN akan mengumumkan sokongan terhadap Anwar dalam masa terdekat.

Antara nama disebut adalah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, namun pemimpin terbabit menafikan dakwaan akan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri.

Pada 28 November lalu, Syed Abu Hussin menjadi Ahli Parlimen PN kelima mengumumkan menyokong kepada Anwar.

Sokongan itu bermula dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pada 12 Oktober lalu, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.

Sementara itu, Syed Abu Hussin memaklumkan beliau belum dipanggil Lembaga Disiplin parti berhubung tindakannya menyokong Perdana Menteri.

“Setakat hari ini saya belum lagi dipanggil Lembaga Disiplin parti,” katanya.

Sebelum ini, beliau turut didesak kepimpinan Bersatu untuk melepaskan jawatan susulan tindakan menyokong Anwar.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, wakil rakyat yang tidak berprinsip dengan mengkhianati pimpinan atau rakyat, perlu dihukum, selain disingkirkan mengikut perlembagaan parti serta undang-undang negara. – 19 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related