◉ HEADLINES

Penduduk pesisir pantai Terengganu diminta waspada banjir gelombang ketiga

Amaran itu susulan fenomena ribut tropika Jelawat dari Filipina yang dijangka turut memberi kesan kepada negeri berkenaan

9:51 AM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Penduduk di kawasan pesisir pantai di Terengganu diingatkan supaya berwaspada dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga antara 22 hingga 26 Disember ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, amaran itu susulan fenomena ribut tropika Jelawat dari Filipina yang dijangka turut memberi kesan kepada negeri berkenaan.

“Berikutan daripada ribut tropika Jelawat dari Filipina…kalau kesannya agak serius, kita akan hadapi hujan yang agak berat.

“Kalau betul sebagaimana ramalan, kita bukan sahaja akan ada hujan, tetapi angin yang agak kuat. Jadi saya nasihatkan penduduk di kawasan pesisir pantai dari Besut ke Kemaman supaya bersedia,” katanya ketika menghadiri majlis penyampaian pakej prihatin oleh Petronas kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Tengku Farok Hussin, yang juga Pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), kerajaan negeri juga telah bersedia sepenuhnya menghadapi kemungkinan banjir gelombang ketiga.

“Untuk Monsun Timur Laut (MTL) ini kita memang sentiasa siap sedia. Kalau ikut ramalan (ribut tropika Jelawat) bukan sahaja di Pantai Timur tapi seluruh Malaysia,” katanya.

Terengganu dilanda banjir gelombang pertama pada 20 November hingga 1 Disember lepas disusuli dengan gelombang kedua pada 14 Disember sehingga semalam.

Dalam tempoh itu, hampir 8,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Hulu Terengganu, Kemaman, Dungun, Setiu dan Besut. – 20 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related