HEADLINES

Peningkatan kes Covid-19: ‘Jangan peluk, cium ibu bapa, saudara-mara yang sudah tua buat masa ini’

Kembali pakai pelitup muka jika berada di kawasan yang sesak, guna cecair pembasmi kuman

6:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pakar kesihatan, Dr. Rafidah Abdullah menasihati mereka yang masih mempunyai ibu bapa atau saudara-mara yang sudah tua supaya tidak memeluk atau mencium mereka buat masa ini bagi mengelak jangkitan Covid-19.

Malah beliau menggalakkan orang ramai kembali memakai pelitup muka jika berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

“Saya hari-hari merawat pesakit Covid-19. Apa yang saya nampak mereka yang teruk antaranya orang tua. Mereka ini banyak masalah komorbid.

“Saya sangat berharap, jaga-jaga bila kita dekat dengan ibu bapa atau saudara-mara kita yang sudah tua. Tak payah peluk cium semua. Kasihanilah mereka,” katanya dalam hantaran di laman X.

Beliau berkata, ini kerana apabila golongan itu dimasukkan ke wad, mereka akan keseorangan.

“Masuk bilik isolasi, tiada saudara-mara boleh masuk.

“Pastikan juga anda ada hand sanitizer (cecair pembasmi kuman) di rumah dan bawa ke mana anda pergi. Kita tidak mahu menjadi pembawa virus kepada orang tua kita,” katanya.

Dalam sidang media khas baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, untuk Minggu Epidemiologi ke-50 2023 (ME 50/2023) iaitu dari 10 Disember hingga 16 Disember, kes baharu yang dicatatkan adalah 20,696 iaitu peningkatan sebanyak 62.2 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME 49/2023.

Namun katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan mengulangi langkah sekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada awal pandemik susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 ketika ini. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related