HEADLINES

Pendaftaran MyDigital ID untuk 1.6 juta penjawat awam giat dilaksana: Fahmi

Fokus ketika ini adalah menjayakan pendaftaran untuk kakitangan kerajaan sebelum pendaftaran dibuka kepada umum pada Mac tahun depan

5:15 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Proses pendaftaran Identiti Digital Nasional atau MyDigital ID membabitkan 1.6 juta penjawat awam yang sedang giat dilaksanakan ketika ini berjalan dengan baik, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata fokus ketika ini adalah menjayakan pendaftaran untuk kakitangan kerajaan sebelum pendaftaran dibuka kepada umum pada Mac tahun depan.

“Harapan saya, kita akan dapat pertingkatkan pendaftaran bagi sistem MyDigital ID yang merupakan single sign on (SSO) sistem ataupun sistem yang kita cuma buat pendaftaran sekali sahaja,” katanya kepada pemberita selepas meninjau sesi pendaftaran MyDigital ID warga Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

MyDigital ID adalah satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi individu pertama mendaftarkan diri dan memiliki identiti digital. 

Pada 21 Nov lepas, Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan peruntukan RM80 juta kepada MIMOS Berhad untuk menyegerakan pelaksanaan MyDigital ID dan memperkasakan transformasi digital serta membangunkan inisiatif digital khususnya melibatkan urusan dengan kerajaan.

Fahmi berkata penjawat awam turut memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman tentang MyDigital ID kepada orang ramai selaras usaha pendigitalan perkhidmatan kerajaan ketika ini.

“Saya lihat ada keperluan untuk penjawat awam terlibat dengan giat dalam usaha pendaftaran (MyDigital ID) ini, asasnya (adalah) proses pendigitalan perkhidmatan kerajaan.

“Penting kita tunjukkan bahawa sektor awam kerajaan sedia untuk proses pendigitalan serta mengadaptasi guna teknologi baharu supaya kita beri perkhidmatan lebih baik dan mudah kepada rakyat,” katanya. 

Sementara itu, Fahmi berkata beliau telah meminta Jabatan Penerangan (JaPen) membantu MIMOS, agensi pelaksana MyDigital ID untuk membuat sebaran maklumat mengenai kepentingan pendaftaran sistem itu, antaranya dengan mengaktifkan Info on Wheels di peringkat negeri.

Mengenai sesi pendaftaran MyDigital ID warga Kementerian Komunikasi hari ini, beliau berkata lebih 500 warga kementerian itu telah mendaftar MyDigital ID dan penerimaannya amat positif.

“Kita lihat penerimaanya sangat positif dan tidak ada apa-apa kegusaran dalam kalangan staf, mereka telah membuat pendaftaran itu dengat sangat cepat dan pantas,” katanya. – 21 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

Elmina crash: prominent figures from Serba Dinamik, Awesome Media Network in flight operator’s company structure  

A deeper look at private jet operator Jet Valet Sdn Bhd, whose Beechcraft Model 390 aircraft crashed in Bandar Elmina, Shah Alam last month, has revealed the presence of prominent corporate figures whose other entities have come under the radar of authorities.  

Related