HEADLINES

Kerajaan buat penilaian, ambil tindakan segera atasi isu bekalan gula untuk jangka panjang

Penilaian dan tindakan itu dibuat berdasarkan faktor harga munasabah selain memastikan bekalan gula stabil di pasaran

7:40 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Kerajaan akan membuat penilaian dan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan gangguan lebih besar berkaitan isu bekalan gula putih bertapis di pasaran tempatan menjelang tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Mohd Armizan Mohd Ali berkata penilaian dan tindakan itu dibuat berdasarkan faktor harga munasabah selain memastikan bekalan gula stabil di pasaran, justeru kerajaan ketika ini meneliti penyelesaian bagi menangani isu berkenaan untuk tempoh jangka panjang.

“Tidak dinafikan gangguan bekalan gula putih bertapis yang berharga RM2.85 sekilogram berlaku disebabkan faktor kenaikan harga gula mentah di pasaran dunia. Kerajaan hanya mengawal harga gula putih bertapis pada harga itu tanpa memberikan subsidi kepada para pengilang.

“Sejak Julai lepas, KPDN (kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) telah mengambil pendekatan melonggarkan syarat permit import dengan membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk mengimport gula,” katanya pada sidang media selepas program Jualan Rahmah di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 43 syarikat telah diberikan permit kelulusan kouta import dengan jumlah 557,080 tan metrik bagi membolehkan pengimport mencari sumber bekalan gula mentah pada kadar yang rendah.

Armizan berkata bagaimanapun setakat 12 Dis lepas, hanya lima peratus bekalan gula berjaya dibawa masuk ke negara ini namun ia adalah untuk kegunaan sendiri walaupun kelonggaran telah diberikan.

“KPDN masih membuka ruang kelonggaran permit import secara bersyarat, sekiranya mana-mana pihak boleh membawa masuk dan menjual gula bertapis pada harga RM2.85 sila mohon dan kita akan berikan kelulusan segera,” katanya.

Beliau juga berkata mulai tahun depan, barangan basah akan turut dibekalkan dalam program Jualan Rahmah dengan kerjasama peniaga pasar awam dan pasar basah.

Armizan berkata hasil kajian mengenai impak Jualan Rahmah menunjukkan hampir 80 peratus respons daripada rakyat adalah positif dan mereka mahu ia diteruskan selain terdapat beberapa cadangan untuk menambah baik program itu seperti penjadualan waktu jualan diumumkan lebih awal.

“Kita akan sentiasa tambah baik pelaksanaan program Jualan Rahmah dengan mengambil kira respons daripada rakyat dan peniaga-peniaga,” katanya.

Beliau juga berkata KPDN sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi menangani kenaikan harga membabitkan pelitup muka, cecair sanitasi dan kit ujian COVID-19 apabila berlaku peningkatan kes itu.

Minggu Epidemiologi (ME) ke-50 iaitu dari 10 hingga 16 Dis mencatat 20,696 kes COVID-19 meningkat 62.2 peratus berbanding 12,757 kes pada ME49. – 21 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related