◉ HEADLINES

Gara-gara Eva, lelaki rugi RM333,600 akibat diperdaya buat pelaburan tidak wujud

Mangsa mula menyedari ditipu diminta membuat bayaran komisen sebanyak RM57,400 terlebih dahulu sebelum wang keuntungan daripada pelaburan itu diserahkan

9:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki berusia 46 tahun menjadi mangsa sindiket pelaburan yang tidak wujud dan kerugian sebanyak RM333,600 selepas diperdaya oleh seorang wanita dikenali sebagai Eva untuk melabur dalam ‘Bain Online’.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, lelaki terbabit yang juga seorang ejen insurans, berkenalan dengan Eva di sebuah medan selera di Taman Canning, Ipoh pada 15 Oktober lepas.

“Mangsa berkenalan dengan seorang wanita bernama Eva yang berperanan sebagai pentadbir satu kumpulan WhatsApp, melalui pautan di Facebook.

“Melalui medium media sosial itu, suspek (wanita) telah memperdaya pengadu untuk membuat pelaburan menggunakan aplikasi ‘Bain Online’ yang tidak wujud,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Yusri berkata, sepanjang tempoh 19 Oktober sehingga 12 Disember lepas, lelaki itu telah melakukan 12 transaksi ke dalam lima akaun berbeza melibatkan nilai keseluruhan RM333,600.

Beliau memberitahu, mangsa mula menyedari ditipu selepas suspek memintanya membuat bayaran komisen sebanyak RM57,400 terlebih dahulu sebelum wang keuntungan daripada pelaburan itu diserahkan.

Kes itu, katanya disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Polis ingin memberi peringatan kepada masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan menerusi media sosial. Orang ramai boleh menghubungi talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) 997 jika menjadi mangsa penipuan skim pelaburan yang tidak wujud.

“Sebarang pertanyaan mengenai jenayah penipuan, mereka boleh menghubungi CCID Infoline di talian 013-2111222 (WhatsApp sahaja) yang beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam,” katanya. – 22 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

Rukun Negara julung kali dilafazkan di sidang Dewan Rakyat mulai esok

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kementerian berkenaan susulan kelulusan Jemaah Menteri pada 25 Julai 2023 agar Rukun Negara dilafazkan secara penuh.

◉ Related