◉ HEADLINES

Aiman Athirah kekal Ketua AWAN, Anfaal Timbalan

Ahli Parlimen Sepang itu memperoleh sokongan tertinggi dengan 312 undi

10:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu mengekalkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) bagi penggal 2023-2026 pada pemilihan jawatankuasa sayap parti itu hari ini.

Ahli Parlimen Sepang itu memperoleh sokongan tertinggi iaitu 312 undi daripada 509 perwakilan yang terlibat dalam Konvensyen Awan Nasional 2023.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer, Anfaal Saari dipilih sebagai Timbalan Ketua AWAN bagi tempoh sama.

Pemilihan itu turut menyaksikan Adun Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim, Dr Salmee Said dan Dr Kamaliah Noordin dipilih sebagai Naib Presiden AWAN Nasional.

Selain itu, jawatan Speaker disandang Zarina Dzulkupli yang menang tanpa bertanding, Rosmayana Abu Rahim sebagai Timbalannya manakala Norlia Salleh serta Suriati Sukardi sebagai Juruaudit.

Aiman Athirah menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua perwakilan yang memilih jawatankuasa terlibat.

Beliau berharap tujuh Ahli Jawatankuasa Pimpinan (JKP) AWAN Nasional baharu dapat segera menyesuaikan diri kerana tugas dan tanggungjawab di peringkat nasional adalah berat.

“Selain itu, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan semua bahawa pemilihan kita ini bukan hanya untuk mengisi tempat kosong.

“Jadi bila contohnya kita memanggil mesyuarat pada bila-bila masa, sebagai kepimpinan kita perlu siap siaga. Itu adalah ingatan,” katanya.

Berikut senarai JKP AWAN Nasional penggal 2023-2026 yang dipilih pada Konvensyen AWAN Nasional 2023:

  1. Datuk Aiman Athirah Sabu (Ketua AWAN Nasional)
  2. Anfaal Saari (Timbalan Ketua)
  3. Dr Hafidzah Mustakim (Naib Ketua I)
  4. Dr Salmee Said (Naib Ketua II)
  5. Dr Kamaliah Noordin (Naib Ketua III)
  6. Nurul Iman Dzulkefly
  7. Zaitun Latiff
  8. Nor Hayati Bachok
  9. Dr Rohani Abd Muttalib
  10. Sabrina Md Yusoff
  11. Norhayati Bidin
  12. Mariam Abdul Rashid
  13. Dr Noorhaza Ma’an
  14. Rozidah Abdul
  15. Che Mazlina Che Yob
  16. Norani Samsudin
  17. Anis Afida Mohd Azli
  18. Husna Mohd Amran
  19. N. Pushpa
  20. Julie Rosieta Mohamed
  21. Sumayyah Mohamed Radzi
  22. Che Noor Arifah Abu Bakar
  23. Aida Yusof
  24. Hamirah Ali
  25. Hamisah Abdul Mubin
  26. Minah Ahmad
  27. Nurul Suhadah Shuib – 22 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related