Ketua PBT perlu miliki kebolehan menyeluruh, bukan dipilih kerana populariti tetapi ‘gagal’

Garis panduan kelayakan pelantikan ketua PBT perlu disediakan kerajaan dan bukannya mencadangkan pemilihan melalui pilihan raya, memandangkan ia bakal menelan belanja jutaan ringgit

3:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seseorang yang mengetuai pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu dilantik berdasarkan kebolehan, pengalaman dan latar belakang mereka.

Setiausaha Agung Sekretariat Tanahair (Star), Armin Baniaz Pahamin berkata, pelantikan itu tidak sepatutnya dipilih mengikut populariti individu, tetapi hakikatnya tidak mampu mengurus.

Katanya, kerajaan perlu menyediakan garis panduan kelayakan pelantikan ketua PBT dan bukannya mencadangkan pemilihan melalui pilihan raya.

“Malaysia tidak memerlukan satu lagi pilihan raya yang bakal menelan belanja berjuta-juta ringgit untuk memuaskan nafsu kuasa ahli politik.

“Malah, pemilihan melalui pilihan raya juga membuktikan pemimpin yang dipilih, dibuat berdasarkan populariti dan kemahiran bercakap, tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk memimpin serta mengurus.

“Pemimpin yang dipilih melalui pilihan raya akan melakukan apa saja, termasuk menyalahguna kuasa untuk kekal berkuasa. Pergelutan kuasa sebegini merugikan rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PBT menguruskan jajahan pentadbiran mereka berlandaskan dasar dan pimpinan ahli politik yang dipilih melalui pilihan raya utama.

“Jadi pilihan raya untuk PBT adalah satu ‘duplicate’ dan pembaziran yang boleh dielak.

Armin Baniaz berkata, fakta juga membuktikan bagaimana wujudnya ketidakseimbangan ekonomi dan demografi antara kaum di bandar besar.

Menurutnya, kaum bukan Bumiputera akan mendapat kelebihan yang nyata daripada pilihan raya PBT disebabkan demografi penduduk memihak kepada mereka.

Berdasarkan kajian banci Jabatan Statistik pada tahun 2010, katanya, 62 peratus penduduk di Kuala Lumpur contohnya terdiri daripada kaum bukan Bumiputera.

“Kaum Bumiputera di bandar besar adalah kaum minoriti dan terbukti apabila kaum Bumiputera susah untuk menang semasa pilihan raya utama, memandangkan penduduk bangsa bukan Melayu adalah penduduk majoriti.

“Dengan jumlah penduduk yang lebih ramai, DAP tentu yakin akan dapat menguasai puncak kuasa PBT melalui pilihan raya.

“Sebab itu mereka mencadangkan untuk mengembalikan semula pilihan raya PBT bermula dengan Kuala Lumpur dan kemungkinan besar di Pulau Pinang dan Selangor, di mana penduduk bukan Bumiputera mendominasi jumlah keseluruhan penduduk,” katanya.

Ujarnya, cadangan itu hanyalah untuk DAP berkuasa dan bukannya bagi perjuangan rakyat.

“Ketidakseimbangan demografi dan juga ekonomi yang memihak kepada bangsa bukan pribumi, akan mendorong kepada rusuhan kaum yang juga menjadi satu daripada penyebab perisitiwa 13 Mei 1969.

“Dengan keadaan dan suasana ekonomi yang tidak menentu serta bertambah teruk dari segi nilai ringgit, kuasa membeli dan kos sara hidup, segala dasar seperti pilihan raya kerajaan tempatan yang tidak menguntungkan perlu diketepikan.

“Ahli Parlimen khususnya ahli parlimen kerajaan, perlu menitikberatkan isu yang menjejas kelestarian hidup rakyat, bukan untuk isu bagi mengekalkan kuasa,” katanya. – 23 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Related