◉ HEADLINES

Kestabilan politik dalam negara, bantu kerajaan fokus bangunkan ekonomi: Anwar

Kerjasama yang diterima daripada Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan juga secara tidak langsung membantu pentadbiran menjadi lebih tersusun dan berkesan

5:12 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kestabilan politik dalam negara pada masa ini akan membolehkan Kerajaan Perpaduan memberikan fokus terbaik untuk membangun dan mengembangkan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik pada tahun hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menumpukan usaha untuk mempertingkatkan pelaburan domestik dan menarik lebih banyak pelaburan dari luar bagi merancakkan dan mengembangkan lagi ekonomi negara.

“Fokus (kerajaan) kepada kekuatan ekonomi sama ada pelaburan domestik, pelaburan luar dan ini ada kaitan umpamanya dari segi tatakelola, kemudahan menjalankan perniagaan, kecepatan, kepantasan, kelulusan selain mengurangkan karenah birokrasi.

“…program ekonomi ni dia ada kaitan dengan isu yang saya sebut negara Madani. Jadi keutamaan kita (pada tahun hadapan) mengurus negara ini, membetulkan, memperbaiki dan meningkatkan (ekonomi),” katanya dalam Sesi Dialog Perdana Menteri Bersama Ketua Pengarang serta Pengarang Kanan Media Elektronik, Cetak dan Dalam Talian, di sini hari ini.

Anwar berkata selain itu kerjasama yang diterima daripada Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan juga secara tidak langsung membantu pentadbirannya lebih tersusun dan berkesan.

Perdana Menteri berkata walaupun pengalaman setahun menerajui pimpinan disifatkannya amat mencabar, namun beliau berbangga kerana jentera parti yang bersama dalam Kerajaan Perpaduan nampak memberi kerjasama penuh.

“Langkah kita ambil sama ada tatakelola, menentang rasuah, menetapkan syarat-syarat ketelusan dalam perolehan dan program-program Madani, ekonomi serta program-program lain tu nampak tidak menghadapi masalah,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Selain ekonomi, katanya kerajaan juga akan memastikan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terus diperkasakan di bawah sistem pendidikan negara.

“Peralihan tenaga dan transformasi digital memerlukan satu anjakan paradigma yang cukup kuat termasuk apa yang saya bicarakan tentang bahasa Melayu yang mantap dan keutamaan diberikan kepada bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan mulai tahun hadapan,” katanya.

Anwar dalam masa yang sama turut melahirkan kebimbangan terhadap orientasi pemikiran kolot berasaskan fahaman perkauman sempit serta mempolitikkan kefahaman Islam sehingga menimbulkan pemikiran yang agak jumud selain pantas menghukum seseorang.

“Saya sekali lagi tegaskan kita kena ada had. Berbicara itu bebas, terangkan tentang soal agama itu bebas, tapi kalau kita sampai mudah menghukum, mengkafirkan dengan mudah, itu harus tunduk kepada undang-undang dan peraturan,” katanya. – 23 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related