Anwar yakin ‘tebuk atap’ tidak akan berlaku

Kerajaan Perpaduan mendapat sokongan padu daripada Sarawak

5:42 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan keyakinannya bahawa percubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan menerusi usaha menukar sokongan atau “tebuk atap” tidak akan berlaku berikutan sokongan padu yang diberikan Sarawak.

Anwar  berkata, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu pertemuan dengan beliau baru-baru ini turut mengulangi pendirian tegas mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Dalam senario politik semasa ini, peranan atau pendirian GPS itu agak kritikal kerana hanya dengan kenyataan dan dukungan parti utama Sarawak (GPS) dan Sabah (GRS) yang akan memungkinkan perubahan itu (kerajaan) berlaku.

“Kalau ada sedikit sebanyak percubaan tebuk atap, ia akan hanya berasas sekiranya ada ruang yang diberikan kedua-dua negeri (Sarawak dan Sabah)… saya pilih majlis ini untuk menyampaikan bahawa kes tebuk atap kalau nak digunakan lagi (naratif) dukungan Sabah dan Sarawak, ia terbatal secara sendirinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian di sini hari ini.

Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) dalam satu pertemuan dengan Perdana Menteri semalam mengulangi pendirian tegas mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang. – Gambar Pejabat Perdana Menteri, 23 Disember, 2023

Anwar berkata, Abang Johari turut mendedahkan ada beberapa percubaan yang agak terdesak  untuk memujuk beliau dan partinya, namun Premier Sarawak itu menolak dengan tegas.

“Katanya dalam beberapa pertemuan terakhir ada percubaan itu dan beliau secara konsisten menolak dengan tegas bahawa tidak akan melayani sebarang perbincangan untuk meretakkan hubungan Sarawak dan Persekutuan serta hubungan dengan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata, hubungan yang baik antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan jelas menunjukkan kerajaan yang ada pada masa ini adalah kukuh.

“Selepas setahun, kerajaan adalah stabil dan kerjasama antara parti-parti , Pakatan Harapan, Barisan Nasional, GPS dan GRS lebih kukuh.

“Saya tidak pernah menemui sebarang masalah serius dalam usaha kami melakukan perubahan atau  membuat reformasi dan saya lebih yakin sekarang selepas setahun dengan pengalaman itu, beberapa pelarasan dalam Kabinet kami mampu mara  ke hadapan dengan kepastian dan kepantasan,” katanya. – 23 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related