HEADLINES

22,413 kes Covid-19, 20 kematian direkodkan pada ME 51/2023

Peningkatan yang dicatatkan pada ME 51 berbanding ME 50 adalah sebanyak 29.5 peratus

6:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kes Covid-19 bagi Minggu Epidemiologi ke-51 (ME 51) iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Disember meningkat kepada 22,413 kes berbanding 17,307 kes direkodkan pada minggu sebelumnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peningkatan yang dicatatkan pada ME 51 berbanding ME 50 adalah sebanyak 29.5 peratus.

“Pada tempoh sama juga, jumlah kes kematian Covid-19 dilaporkan berkurangan 23.1 peratus iaitu daripada 26 kepada 20 kes kematian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dzulkefly berkata, secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan pada ME 50 berbanding ME 49 iaitu pengisian katil bukan kritikal meningkat kepada 1.5 peratus dan pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat kepada 3.6 peratus.

Beliau berkata, bagi vaksin Covid-19 pada 22 Disember (semalam), hanya 50 orang menerima dos penggalak pertama, manakala 120 orang menerima dos penggalak kedua.

Beliau berkata, secara kumulatif sehingga semalam hanya 16,347,130 penduduk Malaysia (50.1 peratus) telah menerima dos penggalak pertama dan hanya 828, 686 penduduk Malaysia (2.5 peratus) menerima dos penggalak kedua.

Menurut Dzulkefly, Kementerian Kesihatan (KKM) terus memantau situasi Covid-19 dan mengambil tindakan segera dan wajar apabila diperlukan.

KKM juga menasihati orang ramai agar mengamalkan penilaian dan kawalan kendiri yang baik termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelak daripada dijangkiti penyakit berjangkit termasuk Covid-19 , katanya.

Beliau berkata orang ramai perlu melaksanakan tanggungjawab sivik bagi melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi ahli keluarga dan seluruh masyarakat terutamanya golongan berisiko tinggi. – 23 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Brunei’s DPMM FC returns as invited team for 2025–26 Super League season

MFL confirms DPMM FC’s participation with FIFA approval as 14 clubs line up for new season under stricter financial rules

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related