Mitra akan kembali di bawah Kementerian Perpaduan Negara, PM tetap pantau

Perdana Menteri berkata masyarakat India tidak perlu bimbang mengenai pentadbiran Mitra yang diletakkan di kementerian berlainan

8:48 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan diletakkan semula di bawah Kementerian Perpaduan Negara,  kata  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa memantau unit khas itu yang bertanggungjawab dalam menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negara ini.

“Seperti mana kita tahu, Mitra pun ada masalah masa itu. Jadi, setahun yang lalu, kita (Kerajaan Perpaduan) dah betulkan di mana program lebih telus, tidak menuju kepada badan politik tetapi terus kepada rakyat, pelajar dan sebagainya. 

“Oleh kerana itu, keadaan telah lebih baik, saya boleh pindahkan ke Kementerian Perpaduan tetapi saya tetap pantau,” katanya pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian di sini hari ini.

Perdana Menteri juga berkata masyarakat India tidak perlu bimbang mengenai pentadbiran Mitra yang diletakkan di kementerian berlainan kerana peraturan telah ditetapkan, peruntukan diluluskan dan unit itu masih tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat bagi mengelakkan berlakunya lagi salah guna kuasa atau penyelewengan.

Mitra pada asalnya dikenali sebagai unit khas Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (Sedic) yang ditubuhkan pada 2014 sebelum dijenamakan semula sebagai Mitra pada 2018 dan diterajui oleh Kementerian Perpaduan Negara namun pada September 2022 ia telah dipindahkan di bawah seliaan JPM.

Khamis lepas, Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra Datuk R. Ramanan berkata status Mitra sama ada kekal di bawah pentadbiran JPM atau sebaliknya akan diumumkan Perdana Menteri.

Mengenai sesi dialog hari ini, Anwar berkata beliau singgung kebhinekaan isu semasa dan polisi kerajaan yang menjadi tajuk utama laporan media kendatipun masalah rakyat dan negara yang memerlukan pena pengamal media untuk mencorakkannya.

Beliau berkata peranan utama yang dimainkan pengamal media sebagai pencatat sejarah negara tidak boleh dinafikan sama sekali meski berdepan pelbagai tantangan, onak dan duri kehidupan.

“Media bukan asing dalam kehidupan saya dari awal dahulu sebagai ahli politiik sehinggalah kini bergelar Perdana Menteri.

Moga pengamal media terus menjadi mata dan telinga kerajaan dalam memastikan agenda pembangunan rakyat dan negara terus menjadi keutamaan,” katanya dalam hantaran Facebook malam ini. – 24 Disember, 2023

Topics

Hangat

Casino a practical source of charity funds, no threat to faith, Tawfik Ismail tells Johor MB

Son of Tun Dr Ismail Abdul Rahman cites work of Noah Foundation using profits from Genting

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Zus Coffee in hot water over ‘one-off activity’ with under-boycott Adidas

Coffee chain company issues apology and says it was not a collaboration, vowing to be more careful and asserting it 'unequivocally condemns any acts of violence against humanity'

Related