Penduduk di Jeram ‘naik angin’, tiada air sejak 2-3 hari lalu tapi aduan didakwa tidak dilayan

Penduduk mendakwa tiada notis dikeluarkan oleh Air Selangor mengenai gangguan bekalan air malah tiada penyelesaian diberikan

1:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Gangguan bekalan air yang berlaku di Kg Bukit Kuching, Bukit Cherakah, Bukit Hijau dan Parit Mahang di Jeram sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan penduduk ‘naik angin’.

Mereka marah kerana sudah tiga hari tiada air namun aduan dan laporan yang dibuat kepada pihak berkenaan seolah-olah tiada kesudahan.

Bukan itu sahaja, mereka mendakwa tiada notis dikeluarkan oleh Air Selangor mengenai gangguan bekalan air malah tiada penyelesaian diberikan.

Kemarahan tersebut diluahkan menerusi Facebook Air Selangor, namun isu tersebut masih belum selesai.

Menurut salah seorang penduduk dikenali sebagai Nurul Ashyikin, dia telah dua kali membuat aduan namun jawapan yang diterima adalah masih dalam siasatan.

Antara komen penduduk, meluahkan kemarahan, menerusi Facebook Air Selangor, namun isu tersebut masih belum selesai – Tangkapan layar Facebook, 24 Disember, 2023

“Keluarkan la kenyataan rasmi punca ketiadaan air kat Bukit Kuching Jeram ini. Beritahu tempoh berapa lama penduduk kena menunggu. Aduan dah berpuluh-puluh orang dah buat.

“Saya sendiri sudah 2 kali buat aduan. Kali pertama katanya dah selesai tapi air masih tiada. Buat (aduan) kali kedua, katanya masih dalam siasatan la, pengesahan tapak la. Apa apa keluarkan kenyataan,’’ demikian tulisnya di laman Facebook Air Selangor.

Manakala Mimi Zaty pula mempersoalkan kenapa tiada penyelesaian diambil sedangkan sudah dua hingga tiga hari kawasannya di Parit Mahang Jeram, mengalami masalah yang sama.

Sementara Isma Hanif pula memaklumkan air di kawasannya sudah tiada langsung.

Dalam pada itu, Facebook Group 5 buah Kg Bukit Kuching, Bukit Cherakah, Bukit Hijau dan Parit Mahang pula, turut memuat naik isu ketiadaan air ini.

Mereka memaklumkan sejak pagi tadi keadaan masih sama malah dalam tempoh dua hingga tiga bulan ini, penduduk berdepan masalah gangguan air atau aliran air yang perlahan.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Melawati, Datuk Azley Yahya memaklumkan lori tangki Air Selangor telah dikesan di kawasan Kg Bukit Kuching.

Beliau turut melawat kawasan berkenaan malam tadi.

Dalam pada itu, Scoop masih cuba mendapatkan penjelasan daripada Air Selangor dan Azley mengenai perkara terbabit. – 24 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related