DBKL adakan operasi bancian rutin susulan serbuan di Jalan Silang

Operasi membabitkan pemeriksaan lesen kedai, mengenal pasti jumlah pekerja dan memeriksa sama ada mereka mempunyai permit sah

3:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Susulan serbuan pihak berkuasa di Jalan Silang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemeriksaan di kawasan itu hari ini bagi mengemas kini data bancian.

Seorang pegawai DBKL memberitahu Scoop bahawa operasi hari ini bukan sesuatu yang luar biasa kerana ia adalah tugas pemantauan rutin.

“Kami sedang menjalankan bancian. Kita perlu mengemas kini dengan jumlah terkini, terutamanya sejak isu (serbuan),” katanya sambil menambah bahawa laporan bancian terakhir diambil kira-kira enam bulan lalu.

Beliau berkata, sesi pemantauan hari ini termasuk memeriksa lesen kedai, mengenal pasti jumlah pekerja dan memeriksa sama ada mereka mempunyai permit sah.

“Kita juga perlu menentukan sama ada kedai itu menjalankan aktiviti mengikut lesennya.

“Jika anda beroperasi sebagai kedai tekstil tetapi juga menjual peranti digital, itu tidak dibenarkan,” katanya.

Aktiviti di Jalan Silang, Kuala Lumpur hari ini berjalan seperti biasa selepas operasi melibatkan pelbagai agensi dilakukan secara besar-besaran, Khamis lalu. – Abdul Razak Latif/Scoop, 24 Disember, 2023

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak menemui sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang sejak operasi itu bermula jam 10 pagi.

Tambah beliau, DBKL akan membuat pemeriksaan di Jalan Silang serta beberapa lagi blok di sekitarnya.

Sementara itu, seorang pengurus kedai yang disoal siasat DBKL mengesahkan, laporan bancian terbabit adalah perkara biasa.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, pemilik perniagaan di Kuala Lumpur perlu mematuhi peraturan DBKL, terutama berkaitan penyewaan premis mereka kepada warga asing tanpa dokumen sah dan menggaji pendatang tanpa izin.

Pada Khamis, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, seramai 1,101 pendatang tanpa izin ditahan pihak penguat kuasa selepas operasi pelbagai agensi di Jalan Silang.

Katanya, barangan seludup seperti rokok, arak dan ubat yang tidak diluluskan berjumlah RM104,530 turut dirampas daripada premis diserbu di kawasan berkenaan. – 24 Disember 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Meriah! Lebih 30,000 hadir majlis ramah mesra masjid, surau Jawi

Bagi memasyarakatkan dan mempromosikan peranan institusi masjid sebagai pusat penyatuan ummah, sebanyak 130 masjid dan surau dari seluruh Wilayah Persekutuan dihimpunkan dalam majlis ramah mesra sempena sambutan Aidilfitri di Dataran Merdeka, hari ini.

Muda open to meet with Perikatan’s MIPP following president’s proposal

However, Muda info head Leben Siddharth says any decisions on joining coalition will be made collectively

Related