Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Negeri Sembilan catat penurunan

Paras air sungai di lima stesen utama di empat daerah terkesan banjir itu, sudah mencapai tahap bahaya

11:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu dan Pahang merekodkan peningkatan malam ini, manakala di Negeri Sembilan berkurangan.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,599 orang daripada 441 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 856 orang daripada 235 keluarga yang direkodkan pagi tadi, dengan jajahan Gua Musang menjadi kawasan baharu terjejas kerana bencana itu selepas Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, 38 mangsa daripada tujuh keluarga di Gua Musang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 1, manakala empat PPS dibuka di Jeli membabitkan SK Jeli 1, SK Bukit Jering, SK Lubok Bongor dan SK Kuala Balah.

Mangsa banjir di Pasir Mas berlindung di PPS SK Gual To’Deh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, SK Gual Periok dan Madrasah Mukim Padang Licin, manakala mangsa di Tanah Merah ditempatkan di SK Kelewek, Balai Raya Padang Kijang, SMK Bukit Bunga, SK Lawang dan SK Gual Jedok.

Banjir gelombang ketiga di Terengganu juga semakin buruk apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat daerah meningkat kepada 826 orang daripada 253 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 340 orang daripada 91 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, sebanyak 439 mangsa daripada 118 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di Dungun, sementara 73 mangsa daripada 19 keluarga berlindung di tiga PPS di Setiu.

Di Hulu Terengganu, sebanyak 302 mangsa daripada 113 keluarga sudah dipindahkan di enam PPS, manakala Marang kekal mencatatkan 12 mangsa daripada tiga keluarga sejak PPS di Dewan Sivik Wakaf Tapai dibuka malam semalam.

Sementara itu, berdasarkan maklumat di laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my mendapati, paras air sungai di lima stesen utama di empat daerah terkesan banjir itu, sudah mencapai tahap bahaya.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir ditempatkan di SK Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut meningkat sedikit kepada 78 orang daripada 19 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 75 orang daripada 19 keluarga setakat 4 petang tadi.

Sekretariat JPBN Pahang memaklumkan, hujan lebat berterusan sejak semalam, menyebabkan Sungai Siam melimpah sehingga menyebabkan beberapa rumah di Kota Gelanggi 1 dinaiki air, namun banjir sudah surut dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Manakala, secretariat itu memaklumkan Sungai Lembing di Kuantan merekodkan tahap bahaya dan anggota keselamatan diatur gerak ke lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada keperluan untuk pemindahan mangsa ke PPS.

Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 55 orang daripada 12 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 68 mangsa daripada 16 keluarga awal pagi tadi dan kesemua mereka ditempatkan di SK Sungai Machang di Lenggeng, Nilai.

Pegawai Operasi APM Seremban Lt (PA) Md Marisa Aminuddin ketika dihubungi Bernama berkata, situasi banjir kilat di Kampung Chelogeh, Kampung Batu 18 serta Kampung Sungai Jai sudah surut dan paras air sungai juga terkawal. – 24 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Related