◉ HEADLINES

Empat lelaki terperangkap atas pokok akibat banjir diselamatkan bomba

Mereka bertindak memanjat pokok besar ekoran limpahan air Sungai Booke, Gua Musang

12:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat orang lelaki termasuk dua warga emas terpaksa memanjat sebatang pokok besar di sebuah kebun sayur di tepi Sungai Brooke, Pos Blau, Gua Musang, Kelantan bagi menyelamatkan diri akibat limpahan air sungai yang semakin tinggi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kejadian itu dilaporkan kepada pihak bomba pada pukul 7.31 pagi ini dan usaha menyelamat digerakkan melibatkan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang ke lokasi.

Pasukan bomba membawa empat lelaki ke kawasan selamat selepas dibawa turun dari pokok ekoran limpahan air Sungai Brooke di Gua Musang, Kelantan – Ihsan Bomba, 25 Disember, 2023

Ketua Balai BBP Gua Musang turut serta dalam operasi penyelamatan itu dan pasukannya menuju ke lokasi mangsa terperangkap dengan menaiki bot penyelamat.

Kesemua mangsa berjaya dibawa turun serta dibawa ke tempat yang lebih selamat dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10 pagi. – 25 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Lower assessment rates for PJ properties, but up to 25% higher quantum due to property value

MBPJ set to review real estate taxes for 2025, 33 years after last revision

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Malaysia’s consumer redress portal empowers complaint resolution across sectors

MCMC's platform streamlines complaint processes, enhancing protection and resolution across key industries

◉ Related