HEADLINES

Mayat lelaki dalam kereta di tapak jualan: Lebih lima hari sudah meninggal dunia

Mayat ditemukan pengunjung tapak jualan but kereta, polis minta saksi tampil bantu siasatan

1:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki di dalam sebuah kereta di Kota Damansara dipercayai sudah meninggal dunia lebih lima hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, berikutan itu pihaknya meminta saksi kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Pada jam lebih kurang 12.04 tengah hari semalam, Balai Polis Kota Damansara telah menerima satu laporan berkenaan kematian satu lelaki di kawasan parkir kenderaan di Jalan Teknologi 3/9 Kota Damansara.

“Siasatan awal mendapati si mati ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah Perodua Bezza.

“Si mati dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lebih lima hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran.

“Saksi juga boleh berhubung terus dengan Ketua Polis Balai Kota Damansara, Asisten Superintenden Mohd Nasir Mustapha di talian 01132052062 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu pengunjung di tapak jualan but kereta (car boot sale) di Damansara dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah kereta, pagi semalam.

Dalam perkongsian di laman X, seorang peniaga berkata, kejadian disedari selepas ramai yang mengadu terhidu bau busuk kurang menyenangkan ketika berada di kawasan berhampiran.

“Ada bau busuk, ingatkan najis haiwan, dari jauh sudah berbau.

“Selepas itu ada orang nampak lelaki terbaring dalam kereta dan sudah kembung. Ada salinan kad pengenalan di depan keretanya,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi mendakwa menemukan nota dipercayai ditinggalkan mangsa di dalam kereta tersebut.

“Tolong hubungi abang atau kakak saya,” menurut nota itu. – 25 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related