◉ HEADLINES

Mujahid, calon sesuai sandang Timbalan Presiden Amanah, kata penganalisis

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelantikan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) adalah satu pilihan terbaik dan seimbang dalam kepimpinan parti berkenaan.

Menurut Fello kanan Institut Hubungan Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun, pelantikan itu adalah tepat ketika sokongan kepada ‘gelombang hijau’ semakin meningkat dan memerlukan persaingan politik antara PAS serta Amanah.

Mujahid, katanya boleh menarik sokongan pengundi bandar yang konservatif.

“Selain itu, beliau juga mempunyai kelayakan untuk menjawab tuduhan PAS mengenai aspek keagamaan parti Amanah.

“Mujahid juga diterima oleh bukan Melayu, yang membentuk sebahagian besar penyokong Pakatan Harapan (PH).

“Meskipun Dr Dzulkefly (Ahmad) mungkin dianggap lebih kepada professional berbanding pemimpin ulama,’’ katanya kepada Scoop.

Mujahid dipilih sebagai Timbalan Presiden ketika pemilihan Parti Amanah, selepas jawatan berkenaan kosong selama lima bulan.

Beliau sebelum ini adalah salah seorang daripada tiga naib presiden Amanah.

Mujahid menggantikan Datuk Seri Salahuddin Ayub yang telah meninggal dunia pada Julai lalu.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai Mujahid dan Salahuddin, pensyarah kanan Jabatan Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Syaza Farhana Mohamad Shukri berkata, beliau melihat kedua-dua tokoh terbabit mempunyai pendekatan dan personaliti yang berbeza.

“Walaupun Salahuddin lebih tenang, saya melihat Mujahid sebagai lebih tegas dari aspek hala tuju Amanah,’’ katanya.

Mujahid, ujar beliau amat sesuai untuk jawatan itu memandangkan sumbangan beliau dalam parti dan negara.

“Beliau boleh memberikan hala tuju yang jelas kepada akar umbi.

“Mujahid pasti akan memberi laluan kepada Amanah. Beliau dilihat sebagai pejuang yang sanggup membawa parti itu ke masa depan.

“Saya berharap beliau akan membantu Amanah menyampaikan mesej mengenai agenda rakyat,’’ katanya.

Mujahid, yang ketika ini merupakan seorang senator, sebelum ini adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Beliau juga adalah anak bekas presiden PAS, Yusof Rawa. – 26 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related