1,000 pengguna P Pinang masih mengalami gangguan bekalan air

Ia membabitkan pengguna di tujuh kawasan kejiranan yang masih tidak menerima bekalan air kerana berada di penghujung saluran paip agihan (EoL) dan kawasan yang lebih tinggi

6:54 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sedang bertungkus-lumus untuk memulihkan bekalan air kepada baki kira-kira 1,000 pengguna di Daerah Barat Daya yang terlibat dengan gangguan bekalan air sejak Selasa lepas susulan paip pecah di dasar Sungai Perai, Butterworth dekat sini.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K.Pathmanathan dalam satu kenyataan hari ini berkata ia membabitkan pengguna di tujuh kawasan kejiranan yang masih tidak menerima bekalan air kerana berada di penghujung saluran paip agihan (EoL) dan kawasan yang lebih tinggi.

Beliau berkata majoriti isu bekalan air yang belum kembali normal di kawasan kejiranan itu adalah berkaitan dengan sistem retikulasi dalaman paip di premis yang terjejas dan juruteknik PBAPP bekerjasama dengan syarikat pengurusan serta penduduk untuk mencuba  menyelesaikan isu itu secepat mungkin.

“Sehingga 5 pagi tadi, usaha pemulihan bekalan air di Daerah Barat Daya telah mencapai 99 peratus atau 199,000 daripada 200,000 pengguna air yang terjejas akibat saluran paip pecah  di dasar Sungai Perai.

Kakitangan PBAPP masih bekerja sepanjang masa untuk menangani “isu setempat” dan memulihkan bekalan air di tujuh kejiranan tersebut iaitu  Hospital Balik Pulau, Emerald Park, Tingkat Relau,  Sunway Cassia, Setia Sky Vista, Flat Lily dan Vista Condominium,” katanya.

Pathmanathan berkata anggaran jumlah pengguna yang masih kekurangan air dianggarkan seramai 1,000 pengguna dan pasukan lori tangki telah menghantar air ke semua kawasan yang terjejas. 

Kira-kira 200,000 pengguna di Barat Daya (bahagian pulau) dan Seberang Perai mengalami gangguan bekalan air berikutan penutupan sementara saluran paip sebesar 1,350 milimeter (mm) di Sungai Perai yang pecah pada 18 Dis lepas.

Pathmanathan berkata sejak PBAPP memulakan kerja-kerja pemulihan bekalan air bermula 2 petang Jumaat lepas, terdapat penggunaan air yang tinggi di Barat Daya, yang mungkin disebabkan oleh dua faktor utama iaitu mengisi semula ratusan ribu tangki air kosong di semua premis kediaman, komersial dan perindustrian termasuk di bangunan bertingkat.

Katanya faktor kedua ialah persediaan menyambut perayaan Hari Natal dan sehingga kini, PBAPP telah mengesan kebocoran yang minimum serta boleh diterima di tapak pembaikan saluran paip air  di Sungai Perai.

“Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dan tiga stesen pam PBAPP utama iaitu Bukit Dumbar, Bukit Gedung dan Teluk Kumbar  sedang mengepam air terawat ke kawasan Barat Daya pada tahap optimum,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata PBAPP ingin memohon persefahaman dan kerjasama yang baik daripada pengguna air yang telah mempunyai bekalan air di Barat Daya agar mengurangkan penggunaan air supaya pihaknya boleh mencapai pemulihan sepenuhnya perkhidmatan bekalan air hari ini. – 25 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Related