HEADLINES

Budak usia 12 tahun diliwat 30 kali oleh rakan sebilik di asrama, suspek direman enam hari

Suspek berusia 20 tahun, merupakan penganggur berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang

4:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang murid Tahun 6 di sebuah asrama lelaki di Melaka Tengah berdepan detik hitam dalam kehidupannya apabila mengadu telah diliwat sehingga 30 kali oleh rakan sebilik sejak menetap di asrama itu, April lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pengadu iaitu kanak-kanak terbabit pada awalnya hanya mendiamkan diri tidak melaporkan hal tersebut kepada sesiapa kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.

Namun katanya, selepas lapan bulan menyimpan rahsia, kanak-kanak itu bertindak menceritakan perbuatan jijik suspek kepada bapanya pada Sabtu lalu.

“Pada 24 Disember, pengadu telah ceritakan kejadian kepada bapanya kerana pengadu tidak tahan diganggu oleh suspek. Bapa pengadu kemudian menghubungi suspek untuk datang ke rumahnya.

“Kira-kira jam 11.45 pagi (hari yang sama), suspek telah datang ke rumah pengadu kerana pengadu telah memberitahu perkara tersebut kepada bapanya. Bapa pengadu telah memukul suspek hingga menyebabkan suspek mengalami luka di bahagian kepala. Selepas itu tiga anggota polis dan lapan anggota rela sampai di lokasi dan membawa suspek ke balai dan pengadu terus ke balai untuk buat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainol berkata, berdasarkan laporan, mangsa mendakwa diliwat suspek yang berusia 20 tahun dan penganggur pada 14 Mei lalu, kira-kira jam 3 petang ketika pengadu berada di bilik asrama.

“Suspek yang juga rakan bilik pengadu telah mengejutkannya dari tidur dan telah meliwat mangsa tanpa kerelaan. Pada 15 Mei, jam 2 petang, suspek telah meliwat pengadu di tempat yang sama. Pada 20 Mei, jam 9 malam, suspek telah membawa pengadu ke tandas asrama dan menyuruh pengadu untuk meliwat suspek. Disebabkan berasa takut, pengadu mengikut sahaja kehendak suspek.

“Pada 22Mei, jam 8 pagi, semasa pengadu berada di tandas asrama, suspek telah meliwat pengadu. Sepanjang berada di asrama, suspek telah meliwat pengadu sebanyak 30 kali namun mangsa hanya ingat empat tarikh kejadian itu sahaja,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati pengadu anak kedua daripada tiga beradik dan ibunya adalah pembantu guru mualaf di Melaka.

“Pengadu tinggal di asrama lelaki sejak April 2023 bagi memudahkannya pergi ke sekolah kerana ibunya seorang mualaf bekerja sambil belajar dan tinggal di asrama wanita,” katanya.

Katanya, suspek berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang dan tidak bekerja itu kini direman enam hari bermula semalam hingga 30 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – 26 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Related