HEADLINES

Lelaki maut kepala tersepit pintu lif

Terdahulu, mangsa didakwa mahu memeriksa keadaan lif yang rosak selepas ia tiba-tiba berhenti di antara tingkat satu dengan aras lantai

9:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kepalanya tersepit di pintu lif di sebuah pusat beli-belah di Jalan Burma, Georgetown, Pulau Pinang, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi laman Facebook berkata, JBPM Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 4.45 petang tadi berhubung kejadian itu.

Komander Operasi, PBK II, Ahmad Rezki Faris Islam berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa tersepit di pintu lif pada bahagian kepala.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa tersepit itu.

“Namun, setelah berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan) akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Ujarnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menerusi laporan media, terdahulu, mangsa dikenali R Tinesh Kumar, 28, dikatakan mahu memeriksa keadaan lif yang rosak selepas ia tiba-tiba berhenti di antara tingkat satu dengan aras lantai. – 26 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Mahu ubah persepsi pawagam tempat maksiat, Mawi ajak geng surau, masjid tonton Zim Zim Ala Kazim

Biarpun bersaing dengan filem mega luar dan tempatan berbajet besar, Mawi percaya, ramai pengikut Ustaz Kazim akan tertarik menontonnya

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

Related