HEADLINES

3,000 pendaftar pertama Padu akan terima kad Touch n Go dengan teknologi NFC secara percuma

Rafizi Ramli beri jaminan akses kepada maklumat Padu tidak akan dibuka secara umum

6:58 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Seramai 3,000 pendaftar pertama yang mendaftar dan mengemas kini data dalam Pangkalan Data Utama (Padu) akan menerima kad Touch n Go baru dengan teknologi NFC secara percuma.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia sebagai meningkatkan keterujaan orang ramai dalam mengambil bahagian dalam Padu yang akan dilancarkan pada 2 Januari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ia adalah kerjasama dan sumbangan Touch n Go.

“Mereka juga layak menerima diskaun ketika berbelanja di Mydin,” katanya dalam sidang akhbar Padu di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.

Beliau seterusnya menggalakkan lebih banyak lagi syarikat korporat mengambil bahagian dalam Padu melalui tawaran-tawaran istimewa kepada rakyat.

Dalam pada itu beliau berkata, akses kepada maklumat Padu tidak akan dibuka secara umum kepada semua melainkan hanya data yang memerlukan input kemas kini daripada pengguna sendiri.

Beliau menjawab kegusaran orang ramai mengenai keselamatan data pangkalan berkenaan.

Untuk itu katanya, orang ramai tidak perlu risau kerana maklumat berkenaan tidak dapat diakses semuanya melainkan maklumat yang perlu dikemas kini pengguna sendiri.

“Apabila seseorang itu mengemas kini data, kebanyakan data-data berkaitan kerajaan dikawal selia melalui akta tertentu. Contohnya apabila kita daftar kelahiran, ia di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), JPN ada akta. Kita pergi ke sekolah, ada akta. Pemunya data telah ditentukan akta-akta tersebut.

“Tuan punya milik data (adalah) agensi-agensi kerajaan yang telah diberi kuasa mengikut akta masing-masing. Apa yang kita buat, kita ada perjanjian perkongsian data antara agensi. Sistem pemilikan sekarang ini (Padu) adalah keputusan kerajaan iaitu dikendalikan, dibangunkan dan dimiliki Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Malah antara agensi kerajaan pun, walaupun mereka menyumbang data kepada Padu, bukan semua agensi boleh ambil data itu. Data dikongsi dari satu agensi ke satu agensi digunakan Padu akan ditentukan kerajaan mengikut use case (kes tertentu).

“Use case pertama yang ditetapkan (ketika ini) adalah penyasaran subsidi dan ia perlu melalui Kabinet dan sebagainya. Tiada persoalan data diskongsi di mana-mana pihak kerana ia bertentangan dengan undang-undang,” katanya.

Rafizi berkata, sekurang-kurangnya ada 300 agensi kerajaan dan ia belum dicampur di peringkat kerajaan negeri dan daerah.

“Sebab itu bila ada Akta Omnibus, ia akan membolehkan perkongsian data di antara agensi kerajaan berlaku, tetapi tiada berlaku kebocoran maklumat,” katanya.

Beliau dalam pada itu, mengalakkan orang ramai mengemas kini data bagi mengelak tercicir daripada senarai penerima subsidi bersasar. – 29 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related