HEADLINES

Salurkan kemusykilan, kekeliruan terhadap hal ehwal agama Islam melalui MKI

Ia bagi meleraikan sebarang kekusutan dalam suasana harmoni, beradab

8:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kemusykilan dan kekeliruan terhadap hal ehwal agama Islam di negara ini, khususnya melibatkan orang bukan Islam, perlu disalurkan melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada titah Sultan Sharafuddin yang mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.

Mendukung penuh titah baginda, Anwar berkata, ia perlu bagi meleraikan sebarang kekusutan dalam suasana yang harmoni dan beradab.

“Merujuk kepada titah Sultan Selangor yang mengingatkan agar dihormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia, dan saya mendukung penuh titah tersebut.

“Namun, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan bagi mengelak sebarang kekeliruan, pihak bukan Islam boleh menulis kepada MKI untuk meleraikan sebarang kekusutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Sultan Selangor mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.

Sultan Sharafuddin selaku Pengerusi MKI bertitah demikian susulan cadangan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam.

Menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office, Sultan Selangor turut bertitah bahawa MKI yang dipengerusikan baginda, memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam.

Sultan Sharafuddin turut mengambil maklum kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke.

Terdahulu, media melaporkan Loke menegaskan bahawa cadangan Ngeh itu adalah satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa khas berkenaan dan DAP komited terhadap prinsip hormat-menghormati dan keharmonian antara agama serta kaum. – 30 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related