HEADLINES

Tahun baharu tapi minda masih di takuk lama, buang sampah sesuka hati

Alam Flora menganggarkan 3.06 tan sampah terkumpul setelah selesai kerja-kerja kutipan dan pembersihan selepas sambutan tahun baharu di kawasan Kuala Lumpur malam tadi

3:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meskipun sudah masuk memasuki tahun baharu, namun perangai dan minda segelintir rakyat Malaysia masih sama iaitu gagal menjaga aspek kebersihan lebih-lebih lagi di tempat awam.

Kekecewaan itu diluahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Facebooknya dengan menyertakan beberapa keping gambar sampah-sarap yang ditinggalkan di tepi jalan sebaik usai sambutan tahun baharu malam tadi.

“Hari ini merupakan hari pertama kita menjejaki tahun 2024.

“Namun permulaan bagi Kuala Lumpur pada tahun ini seperti biasa dicemari dengan sikap sesetengah warga kota yang masih mempunyai sikap dan cara berfikir di takuk lama. Membuang sampah sesuka hati dengan anggapan “pandai-pandai la DBKL bersihkan nanti”. Masih minda kelas ketiga.

“Peliknya, kita masih nak bandingkan Kuala Lumpur dengan bandar-bandar di negara yang lain dari segi keindahannya? Kena tengoklah bagaimana sikap mereka dalam soal kebersihan,” katanya.

Sehubungan itu, DBKL meminta setiap warga kota agar lebih peka dalam aspek kebersihan termasuk menguruskan sampah sendiri sebagai azam permulaan tahun baru.

“Bukannya minta anda tolong bersihkan kawasan…cukup sebagai permulaan, masing-masing urus sampah sendiri.

“Jangan buang merata dan kalau perlu, bawa plastik sendiri,” katanya.

Sementara itu, Alam Flora memaklumkan kerja-kerja kutipan dan pembersihan selepas sambutan tahun di tahun baharu di sekitar ibu kota telah selesai sepenuhnya dengan melibatkan seramai 128 pekerja.

Antara kawasan ‘hotspot’ yang dibersihkan adalah di sekitar di KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka.

“Alam Flora menganggarkan 3.06 tan sampah terkumpul setelah selesai kerja-kerja kutipan dan pembersihan selepas sambutan tahun baru di kawasan Kuala Lumpur malam tadi.

“Seramai 128 pekerja pembersihan, penyelia dan eksekutif operasi Alam Flora telah menjalankan kerja-kerja pembersihan seawal jam 12 tengah malam,” katanya.

Dalam perkembangan lain, DBKL memaklumkan telah menyita barang jualan penjaja haram yang menjual jagung bakar di hadapan KLCC seperti mana aduan diterima menerusi laman X (dahulu dikenali sebagai Twitter).

Alam Flora menganggarkan 3.06 tan sampah terkumpul setelah selesai kerja-kerja kutipan dan pembersihan di kawasan Kuala Lumpur malam tadi. – Abdul Razak Latif/Scoop, 1 Januari, 2024

“Tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan susulan aduan ini. Terima kasih atas makluman dan keprihatinan anda.

“Sebarang aduan, sila layari adukl.dbkl.gov.my @kwp_my @DrZalihaMustafa,” katanya.

Terdahulu, pengguna X @isusemasaviral menyiarkan video memaparkan aksi seorang peniaga menjual jagung bakar di hadapan lokasi tarikan pengunjung itu.

Dalam hantaran tersebut, pengguna berkenaan turut mengepilkan akaun X Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa agar tindakan segera dalam diambil berhubung isu berkenaan.

“Tolonglah tangkap dia orang ni. Depan KLCC buat jagung bakar, dengan asap dengan sampah.

“DBKL kena buat rondaan setiap malam. Takkan nak kena tunggu orang komplen baru nak buat kerja @DrZalihaMustafa,” katanya. – 1 Januari,2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related