HEADLINES

PM dan isteri zahir simpati, tegaskan kerajaan pantau rapat situasi gempa bumi di Ishikawa

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jepun sedang memantau rapat perkembangan terkini bencana gempa bumi yang melanda negara itu

11:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jepun sedang memantau rapat perkembangan terkini bencana gempa bumi yang melanda negara itu hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah turut bersimpati dengan tragedi gempa bumi berukuran 7.6 magnitud yang melanda wilayah Ishikawa itu.

“Moga yang terkesan diberi ketabahan dan kesabaran dalam waktu sukar dan mencabar ini, termasuk rakyat kita di sana,’’ katanya menerusi kenyataan di Facebooknya malam ini.

Gempa bumi berukuran 7.6 telah melanda kawasan tengah Jepun pada petang Isnin, sekali gus mencetuskan beberapa siri gempa susulan.

Setakat ini, media Jepun melaporkan terdapat enam kes orang awam tertimbus selepas rumah runtuh di Wajima, Wilayah Ishikawa manakala kebakaran besar berlaku selepas gempa bumi terbabit.

Sementara Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menggesa kementerian dan agensi berkaitan untuk menilai kerosakan gempa bumi secepat mungkin, memastikan keselamatan orang awam, menyelamatkan mangsa, dan menyediakan maklumat yang sesuai kepada orang awam.

Manakala Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo memaklumkan setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi itu.

Kementerian Luar juga memaklumkan pihaknya sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi yang melanda kawasan tengah dan barat Jepun itu. – 1 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

MACC probes claims of Singapore tycoon’s alleged role in Sabah mining scandal

This comes after whistleblower businessman Datuk Albert Tei alleges political persecution amid graft charges over RM350,000 in bribes

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

Related