HEADLINES

Bakar jagung depan KLCC, peniaga sudah dikenakan tindakan: DBKL

Tindakan tegas itu diambil susulan aduan daripada orang awam yang tular di aplikasi X Ahad lalu

9:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengambil tindakan tegas terhadap peniaga warga asing tanpa lesen yang tular membakar dan menjual jagung di hadapan pintu masuk Suria KLCC baru-baru ini.

DBKL menerusi satu ciapan di laman X memaklumkan, tindakan tersebut dilaksanakan susulan aduan yang diterima daripada orang awam.

Aduan yang tular di laman X pada Ahad lalu mendakwa tindakan peniaga tersebut mengganggu ketenteraman orang ramai dan mencacatkan pemandangan di kawasan pusat beli-belah terkemuka di ibu negara itu.

Malah katanya, asap dan sampah yang berada di kawasan terbabit turut menimbulkan ketidakselesaan pengunjung.

Berdasarkan video yang tular itu, dua peniaga lelaki dilihat membuka meja kecil sambil membakar jagung secara terbuka berhadapan pusat beli-belah terbabit.

“Tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan susulan aduan ini. Terima kasih atas makluman dan keprihatinan anda.

“Sebarang aduan sila layari adukl.dbkl.gov.my @kwp_my @DrZalihaMustafa,” katanya.

Menerusi perkongsian tersebut, DBKL turut berkongsi beberapa foto pengawai penguatkuasanya mengarahkan peniaga terbabit untuk mengosongkan kawasan berkenaan.

Susulan itu, rata-rata netizen memuji tindakan pantas DBKL dan mencadangkan agar rondaan dilakukan lebih kerap bagi mengelakkan tindakan sama berulang lagi.

“Teruskan buat pemantauan supaya rakyat tahu negara ini ada penguatkuasa. Harap ada perubahan lebih baik pada 2024,” kata @Nastro75.

“Tahniah. Saya cadangkan elok up dekat sini setiap kali operasi dijalankan. Mudah rakyat nak pantau, jika berlaku lagi aktiviti yang menyalahi undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) atau DBKL,” kata @En_Blue_Bird.

“Ambush kerap sikit pakai baju biasa. Kepung supaya jangan lari,” kata @KartunisGandum.

“Good job (Bagus). Tapi selalu-selalukan lah pemantauan. Tempat ini tengah bandar kot,” kata @palmoswince. – 2 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related