HEADLINES

Pemimpin kanan Hamas antara 6 maut dalam serangan dron Israel di Lubnan

Kematian Saleh al-Arouri disahkan salah seorang pemimpin kumpulan itu

9:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Salah seorang pemimpin kanan Hamas, Saleh al-Arouri terbunuh dalam serangan dron Israel di Beirut, Lubnan.

Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati menzahirkan kebimbangan mengenai keganasan serantau yang berlanjutan selain menyifatkan pembunuhan itu sebagai “jenayah Israel baharu bertujuan untuk mencetuskan fasa konflik terbaharu, berikutan serangan harian di selatan Lubnan”.

Serangan dron itu disasarkan ke pejabat Hamas di Musharafieh, pinggir selatan Beirut.

Saluran televisyen untuk kumpulan pejuang Hizbullah di Lubnan berkata, Arouri dibunuh pada petang Selasa dalam satu letupan bersama lima yang lain ketika sedang menghadiri mesyuarat.

Seorang pemimpin Hamas, Basem Naim mengesahkan Arouri terbunuh dalam letupan itu.

Kumpulan itu berkata, dua lagi pemimpin dalam sayap bersenjatanya turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Hizbullah berkata, pembunuhan itu adalah “serangan serius ke atas Lubnan dan perkembangan berbahaya semasa perang”.

Sementara itu, jurucakap tentera Israel, R Adm Daniel Hagari berkata, tentera Israel berada dalam keadaan bersedia untuk sebarang senario selepas pembunuhan Arouri.

Diminta mengesahkan bahawa Israel dalang dalam serangan itu, Hagari memberitahu taklimat media, “kami menumpukan kepada usaha untuk membunuh Hamas.” – 3 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related