HEADLINES

Pemandu lori tumbuk penguat kuasa JPJ sudah ditahan, didakwa di mahkamah

JPJ Kedah berkata, pemandu terbabit turut dipenjara sehari dan didenda RM4,000

2:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemandu lori yang menumbuk seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam video yang tular di media sosial sejak semalam sudah ditahan dan didakwa di Mahkamah Majistret Jitra, Kedah.

JPJ Kedah menerusi satu kenyataan memaklumkan, pemandu terbabit turut dipenjara sehari dan didenda sebanyak RM4,000 oleh mahkamah.

“Pihak terlibat telah ditahan oleh pihak polis dan didakwa di Mahkamah Majistret Jitra di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

“Mahkamah telah menjatukan hukuman Penjara sehari dari tarikh sabitan dan denda sebanyak RM4,000,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, siasatan awal mendapati insiden tersebut berlaku pada jam 4.04 petang, 22 November lalu di Jalan Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah.

Katanya, ketika kejadian, anggota bertugas sedang melakukan tugasan rondaan penguatkuasaan dan mengesan sebuah kenderaanm mencurigakan.

“JPJ Kedah menjalankan satu siasatan awal berkaitan satu video yang tular di laman sosial Facebook, TikTok dan Whatsapp berdurasi satu minit 24 saat yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Nissan Vanette yang enggan berhenti semasa ditahan oleh anggota JPJ untuk pemeriksaan lanjut.

“Kenderaan tersebut kemudiannya berhenti di Jalan Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah dan bertindak menyerang anggota JPJ yang bertugas sambil mengeluarkan kata-kata kesat selain mencetuskan provokasi,” katanya.

Katanya lagi, siasatan juga mendapati terdapat tiga kesalahan yang dikesan iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) Tamat Tempoh, Tiada Perlindungan Insurans dan Perakuan Puspakom Tamat Tempoh.

“Kenderaan tersebut diarahkan untuk berhenti namun pemandu enggan memberi kerjasama.

“Ketika ditahan, pihak terlibat melakukan kekerasan jenayah dan menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas,” katanya.

Susulan insiden itu, katanya, laporan polis dibuat oleh anggota bertugas.

“JPJ Kedah ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi sebarang video tanpa mengetahui kesahihannya dan tidak menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugasan berdasarkan peruntukan undang-undang ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, video tersebut tular di media sosial sejak semalam dan dihujani pelbagai komen netizen.

Pada permulaan video, anggota JPJ itu bersama seorang lagi rakan setugasnya dilihat menaiki sebuah kereta sambil mengekori lori berkenaan.

Salah seorang anggota JPJ itu turut menggunakan isyarat tangan dan membunyikan siren bagi meminta pemandu lori tersebut untuk berhenti.

Pelaku kemudian memberhentikan lorinya di sebuah kawasan sebelum dia keluar dan memaki hamun dua petugas itu.

Lebih mengejutkan, dia turut bertindak ganas dengan menumbuk salah seorang anggota JPJ yang mengekorinya. – 3 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Don’t add fuel to the haze: public urged to stop open burning as air quality dips

Winds from Sumatra carry smoke across west coast as dry spell worsens conditions

Related