Isu Bezza rosak selepas 8 jam keluar pusat jualan, ini penjelasan Perodua

Perodua juga memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk mengutamakan kes beliau

10:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat otomotif tempatan, Perodua sudah mengambil beberapa langkah berhubung isu ‘kereta rosak’ dibangkitkan seorang pelanggannya, termasuk menawarkan untuk membeli balik kenderaan itu.

Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd, JH Roman Jaafar berkata, syarikat itu menafikan pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Merujuk kepada aduan diterima daripada pelanggan kami mengenai kereta Perodua Bezza yang baru dibeli, kami ingin memaklumkan bahawa pihak Perodua sudah berkomunikasi dengan pelanggan terbabit sejak Oktober tahun lalu.

“Sejak itu, kami mengambil beberapa langkah bagi menyelesaikan isu ini, termasuklah dengan menawarkan kereta sementara untuk digunakan serta menawarkan pilihan untuk membeli semula kereta berkenaan,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan di platform X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) malam ini.

Beliau berkata, Perodua juga memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk mengutamakan kes beliau.

“Kami juga ingin menepis dakwaan bahawa tiada sebarang tindakan diambil pihak syarikat untuk menyelesaikan isu ini.

“Siasatan menyeluruh berhubung isu ini sedang dijalankan dan kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas ia selesai,” katanya.

Roman berkata, pihak syarikat memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul.

“Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan,” katanya.

Terdahulu, menerusi media sosial, seorang wanita yang membeli kereta baharu, Perodua Bezza meluahkan kekecewaan apabila kenderaan itu yang diambilnya dari pusat jualan, rosak hanya selepas lapan jam dibawa pulang ke rumah.

Berkongsi kisah sedih terbabit, Nagakanni Subramaniam berkata, lebih menyedihkannya, apabila dia terpaksa membayar ansuran berjumlah RM537 untuk kereta dibelinya pada Oktober tahun lalu itu, walaupun kenderaan terbabit masih ‘tersadai’ di pusat servis.

Malah, dia berkata, meskipun kes itu sudah berlarutan lebih dua bulan, ia belum diselesaikan pihak berkenaan dan sehingga kini masih tiada jawapan jelas mengenai kemelut dihadapinya.

Katanya, dia mengambil kereta itu di sebuah pusat jualan pada 17 Oktober lalu, kira-kira jam 11 pagi, tetapi lapan jam kemudian iaitu 7.40 malam ketika mahu menghidupkan kenderaan terbabit, ia gagal dihidupkan.

Nagakanni berkata, keesokannya kereta itu terpaksa ditunda ke pusat servis dan mekanik di situ memaklumkan enjin kenderaannya sudah rosak.

“Pada hari sama, iaitu 18 Oktober, saya minta pihak syarikat itu untuk ganti kereta baru. Saya diminta menunggu keputusan dari ibu pejabat Perodua yang memerlukan waktu dua minggu hingga satu bulan.

“Pada 9 November 2023, seorang kakitangan di bahagian jualan dari ibu pejabat syarikat itu hubungi saya, memaklumkan menurut penyiasatan awal, enjin kereta saya rosak sebab ada benda asing seperti gula. Dia kata material terbabit tak digunakan Perodua.

“Masalahnya, saya pun tak bawa apa-apa makanan atau gula dalam tempoh lapan jam tu, apatah lagi nak usik enjin,” katanya menerusi perkongsian itu.

Dia berkata, pada 15 November, kakitangan sama memberitahu saya perlu melakukan pinjaman sekali lagi untuk mendapatkan kereta baru.

“Saya kata saya boleh buat hanya lepas dia settlekan loan (selesaikan pinjaman) lama saya dulu sebab sehingga hari ni, saya masih bayar loan kereta itu.

“Pada 4 Disember pula, kakitangan juga minta dokumen dari saya untuk membuat pinjaman kedua. Saya tolak permintaan tu sebab pinjaman pertama saya masih belum selesai.

“Empat hari kemudian, khidmat pelanggan beritahu bahawa proposal final belum dipersetujui dan Perodua sedang selidik kesilapan dalaman atau kata lain, mereka belum boleh bagi black and white approval untuk tukar kereta saya dengan kereta baru,” katanya.

Menurutnya, sehingga tarikh dia berkongsi luahan itu di media sosial semalam, masih belum ada apa-apa jawapan rasmi daripada Perodua walaupun sudah lebih dua bulan kes terbabit berlaku.

“Tapi saya masih kena bayar loan setiap bulan. Saya hanya mahu pertahan hak saya,” katanya. – 3 Januari, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Dangdut star Baby Shima, lampoonist Zunar unite to expose religious hypocrisy in new single

In an unexpected collaboration, local dangdut star Baby Shima and political cartoonist Zunar have teamed up for a new music single titled Cari-Cari Salah (Finding Faults).

Related