JKDNKA Bukit Aman komited kawal ketenteraman awam, 7,355 kes dilaporkan sepanjang 2023

5,646 tangkapan dengan nilai rampasan RM979.89 juta direkodkan pihak jabatan

3:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman telah membuat 5,646 tangkapan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM979.89 juta menerusi 7,355 kes yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, kejayaan yang dicapai itu melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan nilai rampasan sebanyak RM384.23 juta; Cawangan Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) sebanyak RM301.84 juta dan Pasukan Polis Marin (PPM) dengan rampasan RM254.33 juta.

Katanya, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) pula mencatatkan nilai rampasan sebanyak RM37.83 juta.

“Bagi tahun ini, JKDNKA akan meningkatkan dan memperkukuh keselamatan negara dengan berpaksikan tiga fokus utama. Bagi ancaman keselamatan, kita akan memperkukuh penguatkuasaan keselamatan di sempadan negara selain perolehan aset-aset moden.

“Paksi kedua iaitu menjamin keselamatan khazanah negara dan keterjaminan sekuriti makanan. Kita akan memperkasa jaringan kerjasama inter dan intra agensi bagi keselamatan khazanah negara dan sekuriti makanan.

“Seterusnya bagi keselamatan perbatasan dan pemantauan penguatkuasaan undang-undang darat dan maritim, kita akan mewujudkan forward operation base (FOB) di kawasan-kawasan keselamatan,” katanya dalam kenyataan mengenai kejayaan JKDNKA sepanjang 2023 dan fokus jabatan bagi tahun ini.

Hazani menambah, pihaknya juga akan mengadakan kerjasama dengan jabatan-jabatan berkaitan serta jaringan keselamatan di sempadan Thailand, Indonesia dan Filipina.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa komited dalam usaha mengawal dan mengekalkan ketenteraman awam.

“Selain daripada bertumpu kepada isu ketenteraman awam, jabatan ini juga terlibat dalam pengurusan bencana seperti bencana alam, tanah runtuh dan kapal terbang terhempas,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, PDRM amat menghargai usaha kerajaan dalam menyalurkan segala peruntukan dan juga insentif.

“Antara peruntukan dan insentif diumumkan kerajaan adalah untuk sektor keselamatan bagi terus memperkukuh ketenteraman awam dan menjamin keamanan serta keselamatan negara.

“Dan, antara insentif dan peruntukan diumumkan kerajaan adalah penyelenggaraan kuarters, premis dan fasiliti agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kita berharap kerajaan meluluskan cadangan permohonan projek baharu dan juga sambungan di bawah peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” katanya. – 4 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Masked assailant kills two cops, injures one in attack on Ulu Tiram police station

Suspect shot dead at scene of early-morning assault, pistol and sub-machine gun seized

Related