Isu bayaran: Foodpanda tegaskan kebajikan penghantar makanan jadi keutamaan

Foodpanda sentiasa memastikan fleksibiliti kerja dan bayaran yang adil kepada penghantar makanan

9:06 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Syarikat penghantar makanan Foodpanda menegaskan pihaknya sentiasa mengutamakan kebajikan penghantar makanannya walaupun terdapat dakwaan mereka tidak mendapat bayaran setimpal.

Bercakap kepada Scoop hari ini, Foodpanda berkata ia menganggap penghantar makanan sebagai tulang belakang operasi dan ekosistem, yang dicerminkan menerusi pelaburan berterusan dalam program sokongan penghantar makanan.

Syarikat itu memaklumkan, ia sentiasa memastikan fleksibiliti kerja dan bayaran yang adil kepada penghantar makanan.

“Terdapat pelbagai faktor yang menentukan pendapatan rakan kongsi, seperti jarak penghantaran, jumlah pesanan, kesediaan penunggang dan lonjakan bayaran pada waktu puncak.

“Penarafan kumpulan penghantar bukan semata-mata penentu kepada pendapatan mereka. (Malah), untuk memastikan ketelusan, penghantar makanan boleh melihat pesanan sebelum menerima tempahan.

Terdapat pelbagai faktor yang menentukan pendapatan rakan kongsi, seperti jarak penghantaran, jumlah pesanan, kesediaan penunggang dan lonjakan bayaran pada waktu puncak – Azim Rahman/Scoop, 4 Januari, 2024

“Di Malaysia, kita bekerjasama dengan PolicyStreet untuk menyediakan perlindungan insurans untuk penghantar makanan ketika mereka bertugas. Ia adalah perlindungan insurans komprehensif dan mempunyai pembayaran tertinggi dalam industri,’’ katanya.

Foodpanda juga memaklumkan penghantar makanan turut diberikan pilihan untuk mendapatkan perlindungan tambahan untuk diri dan keluarga selepas waktu bekerja pada kadar subsidi.
Tambahnya, syarikat itu juga menyumbang kepada caruman Perkeso.

“(Dan) kami merancang untuk meneruskan kempen bagi menggalakkan penghantar makanan mendaftar tahun ini. Mereka akan menerima notifikasi dan peringatan untuk mematuhi peraturan lalu lintas ketika berada di jalan raya.

“Lebih-lebih lagi, kami tidak mengenakan penalti kepada mereka untuk penghantaran yang lambat dan tidak mempunyai hasrat untuk menetapkan polisi seumpama itu pada masa depan.

“(Namun) jika mereka mendapat aduan yang tidak berasas, mereka boleh mempertikaikannya menerusi sistem sokongan dalaman di mana aduan-aduan akan ditangani secara manual,’’ katanya.

Ada penghantar makanan Foodpanda yang meluahkan kekecewaan dengan struktur bayaran Foodpanda dan sukar bagi mereka mendapatkan pendapatan yang mencukupi meski terpaksa bekerja lebih 12 jam – Azim Rahman/Scoop, 4 Januari, 2024

Baru-baru ini, Scoop telah menemui penghantar makanan Foodpanda dan Grabfood, di mana mereka meluahkan kekecewaan dengan struktur bayaran Foodpanda dan sukar bagi mereka mendapatkan pendapatan yang mencukupi meski terpaksa bekerja lebih 12 jam.

Pendapatan mingguan untuk penunggang Foodpanda adalah berbeza-beza mengikut tahap: RM7 untuk satu order bagi kumpulan satu, RM6 untuk kumpulan dua, RM5 untuk kumpulan tiga dan RM4.50 untuk kumpulan empat, lima dan enam.

Penghantar makanan dalam kumpulan satu menikmati pendapatan mingguan paling tinggi, iaitu RM600 selepas 30 jam, diikuti dengan penunggang kumpulan dua dengan RM500, kumpulan ketiga pula bawah RM400 dan kumpulan empat, lima serta enam memperoleh pendapatan mingguan maksimum RM396.

Menjawab isu ini, Foodpanda menegaskan komitmennya adalah memperkasakan rakan penghantar makanan dengan autonomi dan maklumat, ditambah dengan fleksibiliti untuk mengoptimumkan pendapatan mereka berdasarkan keperluan individu.

Foodpanda menegaskan komitmennya adalah memperkasakan rakan penghantar makanan dengan autonomi dan maklumat, ditambah dengan fleksibiliti untuk mengoptimumkan pendapatan mereka berdasarkan keperluan individu – Azim Rahman/Scoop, 4 Januari, 2024

Syarikat itu menekankan tanggungjawabnya sebagai penyedia perkhidmatan untuk mengekalkan pengalaman positif kepada pengguna dan memastikan keadilan kepada rakan kongsi penghantar makanan yang menyediakan perkhidmatan cemerlang.

“Kami akan terus melabur dalam perkembangan rakan penghantar supaya mereka boleh merebut peluang berdasarkan keperluan. Ini termasuk menyediakan peluang untuk meningkatkan kemahiran dan keusahawaan serta bekerjasama dengan pelbagai platform pembelajaran.

“Dengan lebih 11 tahun pengalaman beroperasi di Malaysia, kami terlibat secara aktif dengan rakan penghantar, memahami kebimbangan dan maklum balas mereka. Saluran sentiasa terbuka 24/7 dan pasukan sokongan disediakan, memudahkan komunikasi berterusan.’’ – 4 Januari, 2024

Topics

Hangat

Casino a practical source of charity funds, no threat to faith, Tawfik Ismail tells Johor MB

Son of Tun Dr Ismail Abdul Rahman cites work of Noah Foundation using profits from Genting

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Zus Coffee in hot water over ‘one-off activity’ with under-boycott Adidas

Coffee chain company issues apology and says it was not a collaboration, vowing to be more careful and asserting it 'unequivocally condemns any acts of violence against humanity'

Related