HEADLINES

Mana ada kartel, mafia yang monopoli padi dan beras negara, tegas KPKM

Industri padi dan beras dikawal selia menerusi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522), justeru membolehkan KPKM menjalankan kawal selia dalam industri tersebut

10:06 PM MYT

 


PUTRAJAYA — Pengeluaran 39,000 pelbagai jenis lesen oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelas menunjukkan tiada kartel atau mafia yang mampu memonopoli industri beras dan padi.

Malah, kata KPKM, industri padi dan beras dikawal selia menerusi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522), justeru ia membolehkan kementerian menjalankan kawal selia dalam industri tersebut.

“Akta ini membolehkan kementerian melaksanakan aktiviti kawal selia melalui pelesenan dan penguatkuasaan untuk memastikan industri padi dan beras berkembang secara sihat serta teratur.

“Manakala 39,000 lesen itu adalah seperti Lesen Borong Beras, Lesen Eksport, Lesen Import, Lesen Kilang Padi, Lesen Membeli Padi, Lesen Beras Runcit dan Kelulusan Khas Menjual Benih Padi bagi benih padi sah (BPS).

“Bagi BPS pula, KPKM memperuntukkan 72,000 metrik tan benih padi sah bagi memenuhi keperluan pesawah pada 2023. Lesen pengilangan benih padi sah ini turut diberi kepada syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) bagi membekalkan benih padi kepada pesawah.

“Pengesahan BPS melalui ujian makmal dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia (JPM),’’ katanya kementerian itu dalam satu kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan dakwaan Pengerusi Gabungan Pengilang-Pengilang Beras Malaysia, Marzukhi Othman yang mendakwa kartal atau mafia padi didakwa dimonopoli empat ke lima syarikat besar sejak sekian lama dan telah mencorak hala tuju industri padi negara.

Keadaan ini menyebabkan isu benih padi berlarutan setiap musim selain masalah bekalan beras.

Menurut kenyataan itu lagi, bagi memastikan semua peruncit menjual benih padi sah mengikut harga yang ditetapkan oleh kerajaan dan tiada sebarang unsur penyorokan BPS, pelaksanaan Task Force Operasi Benih Padi Sah (OP BPS) telah diadakan pada 7 hingga 21 November lalu.

“22 lesen penjualan benih padi sah milik peruncit yang melanggar syarat lesen telah ditarik dan peringatan turut diberikan kepada semua pengilang, pemborong dan peruncit agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

“Pada masa sama, tindakan tegas seperti membatalkan lesen akan diambil jika didapati melanggar undang-undang,’’ katanya. – 4 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related