HEADLINES

Kerajaan akan lantik asatizah tangani tanggapan pesong mengenai Islam

Asatizah ini akan ke seluruh negara mempromosikan pemahaman Islam lebih bernuansa kepada masyarakat berbeza

2:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Asatizah atau pemimpin agama akan dilantik kerajaan sebagai jurucakap bagi menangani pandangan dan ajaran Islam yang dipesongkan pihak tertentu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pemimpin agama itu akan mengadakan libat urus dengan kumpulan berbeza untuk tujuan berkenaan.

Katanya, golongan berkenaan juga akan mendekati sasaran untuk menjelaskan kepada mereka bahawa Islam bukan apa yang didukung sesetengah orang.

“Asatizah ini akan ke seluruh negara mempromosikan pemahaman Islam lebih bernuansa kepada masyarakat berbeza.

“Mereka akan mengadakan libat urus dengan kumpulan orang berbeza untuk menunjukkan, Islam bukan apa yang didukung sesetengah orang ini (Ahli Parlimen pembangkang),” katanya pada program The Breakfast Brief BFM, seperti dilaporkan FMT.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keberkesanan Kerajaan Perpaduan memperjuangkan ekonomi, tadbir urus baik dan keterangkuman dalam menghadapi parti pembangkang yang menggariskan cita-cita monoetnik serta mono agama.

Fahmi menegaskan, pembangkang mendakwa Islam terancam dan orang Melayu hilang hak mereka, dengan menjadikan DAP sebagai alasan.

Justeru, beliau berkata, kerajaan perlu menunjukkan ‘ajaran Islam tidak semestinya sama seperti ditunjukkan pemimpin politik dari pihak sana’.

Pada masa sama, Fahmi mengakui, sesetengah wakil rakyat pembangkang, mempunyai pandangan Islam melampau.

Katanya, ia menyamai sejarah Khawarij yang mempunyai sikap ‘lebih suci daripada kamu’ dan mengkritik individu tidak seagama dengan kepercayaan mereka.

Malah, Ahli Parlimen Lembah Pantai memaklumkan mengenai insiden di Parlimen, menyaksikan pembangkang menggunakan kitab agama untuk menegakkan hujah yang disifatkannya, ‘menyinggung perasaan atau tidak masuk akal’.

Pihak terbabit menyentuh mengenai isu pembasmian kemiskinan tegar yang ingin dicapai kerajaan kerana ia adalah objektif mulia, tetapi mereka menggunakan kitab suci dengan mendakwa ‘lihat, jika tiada kemiskinan, apa akan jadi kepada zakat?’. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Related