Kilang ubat batuk jenama terkenal tiruan diserbu, KPDN rampas barangan bernilai ratusan ribu

Serbuan turut menemukan 10,000 botol ubat batuk siap dibungkus, 900 liter cecair disyaki ubat batuk dan beberapa peralatan memproses bahan itu

9:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Risikan selama tiga bulan dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) ke atas sebuah kilang di Negeri Sembilan susulan aduan ia melakukan aktiviti jenayah, membuahkan hasil apabila serbuan pihak berkuasa di situ menemukan 10,000 botol ubat batuk siap dibungkus yang disyaki tiruan.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, hasil pemeriksaan lanjut dijalankan pasukan serbuan di premis terbabit, menemui 900 liter cecair disyaki ubat batuk di dalam mesin pengadun, kenderaan dan beberapa peralatan lain yang digunakan bagi tujuan memproses bahan berkenaan.

“KPDN melakukan serbuan ke atas sebuah premis tempat memproses dan menyimpan pelbagai barangan bahan mentah serta botol pembungkusan untuk menghasilkan produk ubat batuk tiruan di Mantin, Negeri Sembilan pada 15 Disember 2023.

“Semua bahan terbabit bersama beberapa dokumen perniagaan lain, disita bagi tujuan siasatan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM236,516.00,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, operasi bersepadu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya bersama KKM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menerusi aduan diterima serta risikan awal dilakukan.

Katanya, pasukan serbuan bertindak menahan seorang wanita warga tempatan yang mengaku bertanggungjawab ke atas premis terbabit.

Wanita berumur 38 tahun itu, ujarnya, ditahan untuk membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 [Akta 815].

“Jika disabitkan kesalahan, jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, denda boleh dikenakan sehingga tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar itu.

“Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM30,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan,” katanya.

Azman berkata, individu terbabit juga boleh dikenakan denda sehingga tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM20,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, syarikat berkenaan akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613], iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat pelucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan cap dagangan.

Menurutnya, hasil tindakan awal mendapati, sebanyak 56 akaun dibekukan membabitkan sembilan entiti di mana empat daripadanya adalah akaun syarikat, manakala lima akaun individu dengan keseluruhannya berjumlah RM10.68 juta.

Pada masa sama, beliau berkata, dua bangunan industri dan kilang di kawasan perindustrian ringan yang dijadikan tempat pemprosesan, disita dengan nilai anggaran keseluruhan RM2.6 juta.

“Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 ini, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu, pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit yang mana lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Azman berkata, KKM akan menjalankan siasatan lanjut di bawah Akta Racun 1952 [Akta 366].

“Jika disabitkan kesalahan di bawah Akta 366, pihak yang berkaitan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Ujarnya, KPDN ingin memberikan peringatan serta amaran kepada mana-mana pihak agar tidak melakukan aktiviti memproses dan menjual barang yang tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah, terutama berkaitan barangan ubat-ubatan seumpama ini kerana boleh mengancam keselamatan pengguna.

“Pengguna juga dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati, terutamanya apabila membeli ubat-ubatan sama ada di premis fizikal atau secara dalam talian agar tidak mudah terpedaya.

“Mereka juga dinasihat tidak menyokong aktiviti penjualan barangan tiruan kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan kerugian dan menjejaskan kesihatan pengguna itu sendiri,” katanya. – 5 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

The silent punch heard around the country – Terence Fernandez

The assault of deaf e-hailing driver raises the question if we are a nation divided by class

Nak jadi influencer kena ada ilmu, karier tidak kekal kerana populariti boleh lenyap ditelan zaman

Menurut Ryzal Ibrahim, pendidikan sangat penting kerana ia akan membentuk keperibadian seseorang tanpa mengira apa jua bidang pekerjaan yang diceburi

Related