HEADLINES

Gangguan bekalan air: Pelajar di Pulau Pinang kecuali Tingkatan 5, 6 dibenarkan ikuti kelas PdPR

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan garis panduan sebagai rujukan sekolah bagi merancang aktiviti PdPR yang diperlukan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelajar sekolah di Pulau Pinang dibenarkan untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh gangguan bekalan air di negeri itu mulai 10 Januari, namun ia tidak melibatkan pelajar Tingkatan Lima dan Enam.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri, Wan Sajiri Wan Hassan berkata pihaknya telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan bagi pelaksanaan PdPR.

“Tarikh pelaksanaan PdPR adalah 10, 11 dan 12 Januari (Rabu, Khamis dan Jumaat). Turut terlibat ialah murid sekolah rendah termasuk pra sekolah dan menengah.

“Bagaimanapun pelajar Tingkatan Lima dan Enam perlu hadir ke sekolah untuk PdP secara bersemuka,’’ katanya menerusi surat pekeliling yang diedarkan ke sekolah-sekolah di Pulau Pinang.

Wan Sajiri Wan Hassan berkata, tarikh pelaksanaan PdPR adalah 10,11 dan 12 Januari (Rabu, Khamis dan Jumaat). Turut terlibat ialah murid sekolah rendah termasuk pra sekolah dan menengah, kecuali pelajar Tingkatan Lima dan Enam – Gambar PPD, 6 Januari, 2024

Wan Sajiri berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan garis panduan sebagai rujukan sekolah bagi merancang aktiviti PdPR yang diperlukan.

Kira-kira 590,000 pengguna, termasuk bukan domestik di Pulau Pinang dijangka mengalami gangguan air berjadual selama 96 jam bermula 6 pagi pada 10 Januari hingga 6 pagi 14 Januari.

Ia bagi memberi laluan kepada kerja penggantian dua unit injap di Loji Rawatan Air Sungai Dua serta kerja sampingan di 22 lokasi di seluruh Pulau Pinang.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula pada 8 hingga 11 Januari ini bagi Ujian Bertutur Bahasa Melayu; 17 hingga 23 Januari (Ujian Bertutur Bahasa Inggeris); 29 Januari (Ujian Mendengar Bahasa Melayu); 29 Januari (Ujian Mendengar Bahasa Inggeris) dan 30 Januari hingga 7 Mac (Peperiksaan Bertulis). – 6 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Government caps weekly hours at 42 for critical healthcare workers

Over 82,000 medical personnel to be exempted from 45-hour shift rule under the government’s move to protect frontline welfare

The soul of architecture cannot be coded, replaced by AI: experts

While Artificial Intelligence saves time, they said creativity and intention must come from humans

Targeted RON95 subsidy: what’s the most efficient mechanism?

Economists weigh in on the use of vouchers, cash handouts and a tiered pricing system

Related