J-Kom masih ada fungsi, ‘terpulang orang nak cakap apa’: Fahmi

Tada keperluan untuk J-Kom dibubarkan biarpun ada sesetengah pemimpin berpendapat sebaliknya

11:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) masih memiliki kepentingan dan fungsi tersendiri dalam menerangkan inisiatif serta program kerajaan, selain membangunkan komuniti di peringkat akar umbi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, justeru tiada keperluan untuk J-Kom dibubarkan biarpun ada sesetengah pemimpin berpendapat sebaliknya.

Katanya, sesiapa sahaja termasuk Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau berhak untuk menyuarakan pandangan masing-masing, namun beliau berpandangan J-Kom masih diperlukan, selaras dengan fungsinya.

“Saya rasa dia (Dominic Lau) berhak untuk suarakan pandangan…kalau dia minta tutup J-Kom saya tak boleh nak kata apa, tak boleh tutup mulut dia.

“Ada beberapa fungsi diperlukan dan itulah antara sebab kenapa kita nak buat penyelerasan dan rombakan itu.

“Saya melihat J-Kom (yang akan melalui proses rombakan) ini kena berbeza sedikit daripada diusahakan sebelum ini,” katanya kepada media selepas menghadiri program Jualan Termurah anjuran Pusat Parlimen Lembah Pantai di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini, hari ini.

Menteri Komunikasi percaya, J-Kom memiliki kepentingan dan fungsi dalam menerangkan inisiatif serta program kerajaan, selain membangunkan komuniti di peringkat akar umbi. – Azim Rahman/Scoop, 6 Januari, 2024

Sementara itu, Fahmi berkata, buat masa ini pihaknya belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan berhubung pengganti bekas Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Mohammad Agus Yusoff yang meletakkan jawatan pada hujung tahun lalu.

“Kalau ada calon, saya pun belum bersedia untuk cakap apa-apa. Lebih daripada (sekadar) calon, kita (Kementerian Komunikasi) sedang meneliti fungsi itu, jadi beri sedikit masa,” katanya.

Terdahulu, Dominic berpendapat J-Kom wajar dibubarkan kerana sebarang langkah merombak jabatan itu tidak akan memberi kesan positif kepada negara, termasuk mampu menjimatkan wang pembayar cukai.

Sementara itu, Fahmi turut mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang yakin Langkah Dubai akan menjadi realiti.

Menurutnya, Sanusi sepatutnya lebih memberikan fokus dalam mentadbir negeri daripada ‘menyibuk’ hal yang tidak berkaitan dengan dirinya.

“Saya rasa daripada dia memberi komen mengenai ini, mungkin dia perlu ubah sikap beliau. Hentikanlah berkaraoke tengah malam dengan perempuan ajnabi, fokus mentadbir.

“Saya rasa dia (Sanusi) ada banyak masalah (perlu diuruskan), dia menteri besar bukan ahli parlimen jadi fokus pada tugas masing-masing,” katanya. – 6 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Disabled driver assaulted by VIP’s bodyguard received RM800 after ‘pressured’ to drop report

In a statement by DAWN, victim, who was still mourning his child’s death, claims the other option was to proceed and take case to court, which means his phone would be confiscated

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Related