HEADLINES

Imigresen gempur Pangsapuri Seri Cempaka, 106 PATI ditahan

Mereka yang ditahan berusia di antara enam bulan hingga 49 tahun

5:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen menahan 106 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam tindakan operasi penguatkuasaan di Pangsapuri Seri Cempaka, Rawang pada jam 12.30 tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, operasi dijalankan dengan kekuatan 309 orang pegawai bersama 12 pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan 10 orang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurut beliau, dalam operasi itu seramai 468 orang diperiksa dan hasilnya seramai 106 orang PATI yang berusia di antara enam bulan hingga 49 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Mereka yang ditahan adalah terdiri daripada warganegara Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Pakistan.

“Lokasi serbuan yang berada di luar bandar ini adalah agak mencabar kerana laluan masuk kawasan perumahan terhalang dengan kenderaan yang parkir secara tidak teratur menyukarkan kenderaan operasi masuk ke sasaran. Terdapat lapan blok lima tingkat bangunan pangsapuri kos rendah terdiri daripada 80 sehingga 100 unit rumah bagi setiap blok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jafri berkata, antara yang diperiksa juga adalah 174 lelaki, 79 perempuan, 27 kanak-kanak lelaki, 20 kanak-kanak perempuan dan selebihnya adalah warganegara tempatan.

Katanya, tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan aduan awam berhubung PATI yang disyaki tinggal di kawasan perumahan tersebut tanpa memiliki pas dan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya. – 6 Januari, 2024

caption:
Sebahagian daripada pendatang asing tanpa izin yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan di Pangsapuri Seri Cempaka, Rawang, tengah malam tadi. – Ihsan Jabatan Imigresen

Topics

 

Hangat

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related