◉ HEADLINES

Pelajar Tingkatan Lima dilarikan: 3 individu, termasuk wanita direman 4 hari

Semua suspek ditahan pada hari sama kejadian susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa

12:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga individu kerana disyaki terbabit kes melarikan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun dalam kejadian di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepong di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohammad Nasir berkata, penahanan ke atas suspek, iaitu dua lelaki yang masing-masing berumur 22 dan 20 tahun serta perempuan berumur 20 tahun, dibuat pada kira-kira jam 11.30 malam hari kejadian, selepas pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa.

“Pada 5 Januari pada kira-kira jam 10.36 pagi, pihak Ibu Pejabat Daerah Gombak terima satu laporan polis daripada wanita warga tempatan berumur 42 tahun menyatakan anak perempuannya berumur 17 tahun dibawa masuk ke dalam sebuah kereta oleh seorang perempuan dan seorang lelaki semasa berada di hadapan SMK Kepong.

“Hasil siasatan dijalankan mendapati pengadu dimaklumkan guru anak pengadu mengenai kejadian itu,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, susulan penahanan itu, polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota warna putih dan sebuah motosikal jenis Yamaha Yiszr,” katanya.

Noor Ariffin berkata, tahanan reman ke atas suspek dibenarkan selama empat hari mulai semalam hingga 9 Januari ini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini, diminta tampil membantu siasatan.

“Mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Yap Ching Chua di talian 019-9969649 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222,” katanya. – 7 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

◉ Related