HEADLINES

Mahfuz, Mohd Hatta dilantik Naib Presiden Amanah

Pelantikan itu sebulat suara dipersetujui dalam mesyuarat pertama JKP Amanah hari ini

1:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Amanah bersetuju sebulat suara melantik Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Dr Mohd Hatta Ramli sebagai Naib Presiden Amanah bagi sesi 2023-2026.

Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pelantikan itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Jawatantkuasa Pimpinan Amanah Nasional (JKP) yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini.

Menurutnya, pelantikan itu bagi meningkatkan komitmen Amanah sebagai sebuah parti komponen dalam Kerajaan Madani untuk bergerak lebih jitu dengan tuntutan politik yang semakin mencabar ketika ini.

“Kesungguhan ini adalah bagi memastikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal utuh dan stabil demi menjamin pembangunan negara yang mampan dan kehidupan rakyat yang Sejahtera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Faiz berkata, Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzah pula dilantik sebagai pengarah pilihan raya manakala bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad akan menggalas tugas sebagai pengarah komunikasi parti itu.

“Dalam mesyuarat itu juga, jawatankuasa bersetuju melantik Suhaizan Kaiat (Ahli Parlimen Pulai) sebagai pengarah pembangunan sumber manusia manakala Ahmad Sabki Yusof bertanggungjawab sebagai pengarah strategi parti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi mengangkat suara akar umbi, pelantikan Pengerusi Amanah di peringkat negeri akan dibuat dalam mesyuarat Amanah Nasional yang akan datang.

“Ini akan dilakukan selepas notis bertulis yang cukup diberikan kepada setiap kawasan Amanah seluruh negara bagi menamakan calon sesuai dan layak untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh Presiden dan JKP,” katanya.

Ujarnya lagi, mesyuarat tersebut turut meluluskan kerangka pelan strategi yang dicapai melalui pemukiman semalam dengan objektif untuk menguatkan parti melalui agenda mengukuhkan organisasi, membina kemantapan ahli dan mengasaskan identiti perjuangan dan pendekatan politik disegani rakyat berteraskan prinsip amanah dan adil.

Berikut adalah senarai jawatan pengurusan yang dipersetujui dalam mesyuarat pertama JKP Amanah hari ini:

Naib Presiden 4: Datuk Mahfuz Omar
Naib Presiden 5: Datuk Dr Mohd Hatta Ramli
Setiausaha Agung: Muhammad Faiz Fadzil
Timbalan Setiausaha Agung: Norhayati Bidin
Penolong Setiausaha: Mohd Faizul Salleh
Penolong Setiausaha: Ustaz Ridzwan Abu Bakar
Setiausaha Organisasi: Abang Mohd Kerdee Abang Masagus
Bendahari Agung: Ir Izham Hashim
Pengarah Komunikasi : Khalid Abd Samad
Pengarah Strategi : Ahmad Sabki Yusof
Pengarah Pembangunan Sumber Manusia: Suhaizan Kaiat
Pengarah Syariah : Datuk Dr Hasan Bahrom
Pengarah Pilihanraya: YB Mohd Sany Hamzan – 7 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related