HEADLINES

KPDN buka 88 kertas siasatan penipuan pakej umrah: Armizan

Aduan itu melibatkan kesalahan syarikat umrah tidak mematuhi keputusan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

2:46 PM MYT

 

TENOM – Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuka 88 kertas siasatan berkaitan aduan penipuan pakej umrah baru-baru ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata pada 22 Disember tahun lepas, sekumpulan pengguna mendakwa menjadi mangsa penipuan umrah membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan KPDN di Putrajaya dan beberapa negeri lain.

Armizan berkata aduan itu melibatkan kesalahan syarikat umrah tidak mematuhi keputusan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang menetapkan award yang perlu dibayar syarikat kepada mangsa terlibat.

“Sebahagian siasatan telah lengkap dan setakat ini, sebuah syarikat yang berpangkalan di Putrajaya telah menerima notis untuk pendakwaan yang akan berlangsung Selasa depan. Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming (PoS to PoS) di sekitar Tenom di sini hari ini.

Armizan berkata isu penipuan umrah dalam bidang kuasa KPDN ialah terkait kepada aspek kepenggunaan, sementara aspek pelesenan, elemen jenayah dan lain-lain adalah di bawah bidang kuasa kementerian serta agensi lain.

“Mengambil kira isu dan kes melibatkan penipuan umrah semakin banyak, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha KPDN untuk mengadakan perbincangan segera melalui sebuah jawatankuasa yang melibatkan agensi berkaitan.

“Usaha ini penting untuk penyelarasan dan mengenal pasti tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan untuk memastikan perlindungan yang lebih holistik kepada para pengguna dalam pengurusan umrah dan haji,” katanya.

Beliau perkata usaha itu termasuk mengkaji keperluan untuk menambah baik kerangka perundangan sedia ada untuk pertimbangan Jemaah Menteri. – 7 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

LRT 3 fault free run: Meeting between Prasarana and main con scheduled next week

Transport Minister Anthony Loke says FFR still pending as priority is safety

After inDrive, Maxim faces the axe as Apad cracks down on e-hailing violators

It's the second Russian-founded e-hailing firm facing expulsion over licence breaches

UPSR, PT3 and the illusion of reform: why Malaysia’s schools are stuck in factory mode – Ravindran Raman Kutty

Malaysia’s education system lurches from one reform to another, abolishing and reviving exams without addressing its deeper failure: a factory-style model that prioritises compliance and memorisation over creativity, critical thinking and digital fluency. As other nations prepare citizens for an AI-driven economy, Malaysia remains trapped in an outdated mindset that no longer serves its children — or its future

Related