◉ HEADLINES

Netizen terpesona dengan kejelitaan bakal isteri Putera Mateen di majlis khatam al-Quran

Dayang Anisha tampil anggun dan sopan memakai baju kurung rekaan pereka fesyen Malaysia, Teh Firdaus

6:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketika ini di negara jiran iaitu Brunei sedang berlangsung upacara perkahwinan diraja Putera ‘Abdul Mateen dengan Dayang Anisha Rosnah Adam.

Putera ‘Abdul Mateen atau Putera Mateen merupakan putera kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Istiadat perkahwinan diraja yang menjadi tumpuan seluruh dunia itu akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan majlis khatam al-Quran yang berlangsung hari ini.

Foto-foto bakal isteri Putera Mateen iaitu Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Ada Isa Kalebic kini menjadi tular di media sosial.

Dayang Anisha tampil anggun memakai baju kurung berwarna putih rekaan pereka fesyen Malaysia, Teh Firdaus lengkap dengan hijab sempena majlis khatam al-Quran.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pereka fesyen itu, ramai netizen yang terpesona dengan kejelitaan Dayang Anisha.

“Memang sedia maklum tentang kecantikan beliau, tetapi bila bertudung nampak lagi jelita dan ayu,” komen salah seorang pengguna Instagram.

“Beliau sangat cantik, sopan dan bertutur dalam bahasa Brunei dengan sangat baik. Pasangan paling sempurna untuk Putera Mateen,” komen seorang lagi netizen.

Ramai juga memuji rekaan Teh Firdaus yang disifatkan mereka sangat anggun dan sopan.

“Sangat bangga dengan kamu, tahniah Teh Firdaus. Rekaan ini sangat cantik,” tulis salah seorang pengikutnya.

Pasangan ini dijadualkan akan menikah pada 11 Januari ini diikuti dengan majlis istiadat persandingan diraja pada 14 Januari. – 7 Januari 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related