HEADLINES

Dera kanak-kanak: Wanita warga tempatan ditahan reman seminggu

Pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan kecederaan lama serta baru di belakang badan, muka, kedua-dua bahagian lutut dan kaki mangsa

9:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga tempatan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak di sebuah rumah di Jalan Ampang Indah, Ampang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, permohonan reman terhadap suspek di Mahkamah Ampang telah dibenarkan bermula Jumaat lalu sehingga 11 Januari ini.

Menurut beliau, pada 4 Januari lalu, kira-kira pukul 10 malam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya menahan suspek di Ampang selepas disyaki terlibat kes penderaan.

“Ini selepas pengadu iaitu seorang lelaki membuat laporan pada 17 Disember lalu mengenai keadaan anaknya. Dalam laporan itu, pengadu memberitahu semasa hendak mengambil anaknya di rumah pengasuh, didapati terdapat kesan luka pada badan mangsa.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang dan pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan kecederaan lama serta baru di belakang badan, muka, kedua-dua bahagian lutut dan kaki mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Katanya, hukuman Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 hendaklah dihukum dengan hukuman denda maksimum lima puluh ribu ringgit atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

“Pihak polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan penderaan atau pengabaian pada kanak-kanak,” katanya. – 7 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related