Penimbang tara Sulu, Stampa dihukum penjara enam bulan

Beliau juga dikenakan larangan menjalankan tugas sebagai penimbang tara selama setahun

8:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penimbang tara Sepanyol yang terbabit dalam tuntutan kumpulan Sulu, Gonzalo Stampa telah didapati bersalah melakukan penghinaan mahkamah dan dihukum penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Sepanyol.

Berita gembira itu dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan di laman X.

Menurut beliau, Stampa juga turut dikenakan larangan menjalankan tugas sebagai penimbang tara selama setahun.

“Usaha kerajaan dalam menghentikan penipuan Sulu tidak sia-sia.

“Kami terus berusaha dalam perjuangan untuk keadilan dan akan terus berusaha untuk membatalkan Final Award,” katanya.

Pada 25 Mei 2020, Stampa memberikan award akhir berjumlah AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) kepada lapan individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu dan dalam usaha untuk menguatkuasakan award itu, mereka dilaporkan cuba menyita aset syarikat petroleum Malaysia iaitu Petronas di Luxembourg serta Belanda selain menyasarkan aset diplomatik negara di Perancis (termasuk kedutaan).

Ketika itu Azalina memaklumkan bahawa mahkamah menangguhkan keputusan kes itu ke tarikh lain yang belum ditetapkan.

Beliau juga berkata, Pejabat Pendakwa Raya Sepanyol dan Malaysia telah menuduh Stampa melakukan jenayah menghina mahkamah yang serius serta melakukan amalan profesional tanpa kelayakan.

Menurut Azalina, pada 29 Jun 2021, Mahkamah Tinggi Madrid telah mengeluarkan satu penghakiman selaras dengan undang-undang kes terbabit dan memutuskan bahawa sebagai negara asing, Malaysia telah dipanggil secara tidak wajar dalam prosiding pelantikan penimbang tara. 

“Justeru, mahkamah itu telah membatalkan pelantikan Stampa dan semua tindakannya serta mengarahkan agar Malaysia dipanggil secara wajar manakala prosiding timbang tara itu dimulakan kembali. Perintah pembatalan pelantikan Stampa kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Perlembagaan Sepanyol selepas warga Filipina terbabit gagal dalam rayuan mereka,” katanya.

Azalina juga berkata susulan pembatalan pelantikan Stampa itu, Mahkamah Tinggi Madrid berulang kali memerintahkan beliau secara bertulis agar segera menamatkan timbang tara berkenaan. 

“Bagaimanapun, Stampa enggan mematuhi perintah mahkamah dan bertindak mengingkarinya secara terang-terangan yang sekali gus menjejaskan kedaulatan undang-undang.

“Bagi memenuhi agenda jahat dan tidak beretikanya, Stampa dengan sengaja tidak mengendahkan perintah Mahkamah Tinggi Madrid serta bertindak memindahkan timbang tara itu dari Madrid ke Paris atas permintaan warga Filipina terbabit bagi mengelak pengawasan oleh Mahkamah Sepanyol di mana beliau telah berjanji untuk mematuhi arahan semasa mula-mula dilantik sebagai penimbang tara,” katanya. 

Beliau juga berkata sebelum mengumumkan award akhir terhadap Malaysia dan sebagaimana yang dibuktikan melalui dokumen di hadapan mahkamah, Stampa telah menerima bayaran lebih US$2.5 juta daripada warga Filipina terbabit.

Pada Disember 2021, selepas pemindahan prosiding timbang tara dari Sepanyol ke Perancis yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Malaysia yang mempunyai keyakinan penuh dan tidak berbelah bagi terhadap sistem keadilan Sepanyol, telah memfailkan aduan terhadap Stampa bersama-sama Pendakwa Raya Sepanyol atas alasan beliau telah menghina mahkamah apabila berulang kali mengingkari perintah Mahkamah Tinggi Sepanyol dan meneruskan tindakannya untuk membeli forum di negara lain. – 8 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Related