HEADLINES

Pusat pelacuran: Ridhuan Tee tempelak Rosyam Nor, ‘ia cadangan teramat bodoh, jangan jadi jahil’

Ridhuan turut mengesyorkan supaya artis-artis ‘pergi mengaji’ dan tidak menjadi jahil

2:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kenyataan dikeluarkan oleh Datuk Rosyam Nor agar rumah pelacuran untuk pekerja asing diwujudkan di negara ini disifatkan pendakwah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah sebagai cadangan yang teramat bodoh.

Selain menempelak cadangan berkenaan, Ridhuan turut mengesyorkan supaya artis-artis ‘pergi mengaji’ dan tidak menjadi jahil.

Malah, katanya, hidup ini bukan hanya memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya bahagia mempunyai banyak cara meskipun tanpa hubungan seks.

“Jangan asyik tergambar memuaskan nafsu alat kelamin sahaja, nampak sangat otak kotor. Ini bukan penyelesaian, ini cadangan yang teramat bodoh. Saya syorkan kepada mereka ini, pergilah mengaji. Jangan jadi artis (termasuk yang lain) jahil.

“Apakah kita mahu Kuala Lumpur menjadi seperti Hatyai yang terkenal sebagai pusat maksiat, pusat pelacuran kononnya atas nama pelancongan meskipun tidak dinafikan ramai orang Malaysia yang melancong ke Hatyai.

“Tapi, kita kena ingat, sedar atau tidak, sebahagiannya pergi ke sana, bertujuan melanggan pelacur. Adakah kita mahu katakan bahawa, orang Malaysia yang pergi melanggan pelacur di sana, nafsunya tidak terlayan di sini, sehingga perlu pergi ke Hatyai untuk melanggan pelacur?

“Ini hujah bodoh. Orang sebegini memang wujud dalam masyarakat. Sebab itu kita perlu didik mereka,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Rosyam Nor telah mencetuskan kontroversi apabila pandangan peribadinya mengenai kewujudkan rumah pelacuran di negara ini dikecam ramai.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, cadangan Rosyam Nor agar diwujudkan pusat pelacuran untuk pekerja asing bagi mengurangkan kes rogol di negara ini sebagai teramat bodoh. – Gambar media sosial, 9 Januari, 2024

Pada padangan Rosyam, perkhidmatan itu dapat membantu mengurangkan kes rogol melibatkan warga asing yang semakin meningkat.

Menurut Ridhuan, di dalam Islam sendiri sudah ada penyelesaian iaitu jika nafsu terlalu kuat atau membuak-buak maka bagi lelaki jika mampu adalah dengan berpoligami.

Jika poligami tidak dibenarkan, katanya, pasti ada penyelesaian mengikut perspektif agama masing-masing tetapi bukan dengan membuka pusat pelacuran.

“Begitu juga penyelesaian daripada aspek pendidikan. Selain itu, kita ada undang-undang. Di negara lain pun ada undang-undang. Kuatkuasalah. Ini negara kita, kita ada cara sendiri. Orang lain datang, kena hormatlah. Sama juga kita pergi ke negara orang, kena hormat, budaya dan cara hidup masing-masing,’’ katanya. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related