HEADLINES

Jakim komited proses sijil halal dalam tempoh 30 hari

8:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) komited memastikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) diproses dalam tempoh 30 hari dengan keutamaan diberikan kepada permohonan berkaitan Bufet Ramadan.

Jakim menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya mendengar rungutan berbangkit, khususnya dari pihak pengusaha perkhidmatan juadah sempena Ramadan yang akan datang.

“Hebahan dibuat bertujuan untuk menarik perhatian dan menyeru pihak berkaitan supaya membuat persediaan sewajarnya lebih awal.

“Pengusaha masih mempunyai masa dua bulan sebelum ketibaan bulan Ramadan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Jakim akan menganjurkan program Halal on Track: Ramadan bagi memberikan pendedahan dan galakan kepada pengusaha juadah sempena Ramadan seperti usahawan hotel, restoran, katering dan peniaga bazar Ramadan untuk membuat permohonan SPHM.

Katanya, melalui program itu, pengusaha boleh mendapatkan khidmat perunding halal secara langsung daripada Jakim.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, tindakan mengiklan makanan halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet, Iftar dan Set Ramadan tanpa memiliki SPHM adalah satu kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

Katanya, sehubungan itu, pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena Ramadan akan datang adalah disarankan supaya memiliki SPHM.

Beliau berkata, pengusaha yang merancang menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan namun belum mempunyai SPHM dinasihat untuk membuat permohonan secepat mungkin sama ada di Jakim atau jabatan mahupun Majlis Agama Islam negeri.

“Jakim bersedia untuk membantu pengusaha bagi mendapatkan SPHM,” katanya. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related