◉ HEADLINES

Penggunaan wang RM700 juta: SPRM rekod keterangan Ismail Sabri di Kuala Lumpur pagi tadi

Keterangan Ahli Parlimen Bera itu diambil pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi tadi di sebuah lokasi di Kuala Lumpur

12:57 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pagi tadi, berhubung siasatan pemberian projek kepada individu tertentu termasuk melaksanakan dua program di bawah pentadbirannya sebelum ini.

Sumber berkata, keterangan Ahli Parlimen Bera itu diambil pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi tadi di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

Kata sumber itu, siasatan dilakukan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sementara itu media masih cuba mendapatkan pengesahan SPRM berhubung perkara berkenaan.

Isnin lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mengesahkan akan memanggil seorang bekas Perdana Menteri untuk memberi keterangan berhubung perbelanjaan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti dalam minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan.

Beliau berkata, turut akan dipanggil ialah pegawai di pejabat bekas Perdana Menteri berkenaan yang terbabit dengan perbelanjaan dana.

Menurut Azam, tindakan itu bertujuan mengetahui bagaimana wang tersebut dibelanjakan bagi tujuan promosi dan publisiti untuk menghebahkan pencapaian kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022. – 10 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related