HEADLINES

Dua anggota polis ditahan samun, rogol penuntut kolej swasta: Polis

Dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan

7:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis peronda di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Selangor ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan merogol seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View, di sini, Selasa lepas.

Difahamkan anggota yang ditahan itu masing-masing merupakan seorang Konstabel dan Lans Koperal berumur antara 20-an hingga 30-an.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dalam kejadian pada 10.09 malam itu, penuntut itu bersama rakan lelakinya telah ditahan dua anggota lengkap beruniform.

Beliau berkata kedua-dua suspek telah membawa mangsa dan rakannya ke tempat yang berasingan.

“Rakan lelaki mangsa dibawa ke bank sementara salah seorang suspek bertindak merogol mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata semalam sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan kedua-dua suspek dan mereka direman selama tujuh hari.

Menurutnya, dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih dijalankan dan polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan kejadian ini diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Ampang Jaya di talian 03-42897222 bagi membantu siasatan.

Polis juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dalam mana-mana kes jenayah atau salah laku dan siasatan kes ini akan dijalankan secara telus,” katanya. – 11 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

LRT 3 fault free run: Meeting between Prasarana and main con scheduled next week

Transport Minister Anthony Loke says FFR still pending as priority is safety

After inDrive, Maxim faces the axe as Apad cracks down on e-hailing violators

It's the second Russian-founded e-hailing firm facing expulsion over licence breaches

UPSR, PT3 and the illusion of reform: why Malaysia’s schools are stuck in factory mode – Ravindran Raman Kutty

Malaysia’s education system lurches from one reform to another, abolishing and reviving exams without addressing its deeper failure: a factory-style model that prioritises compliance and memorisation over creativity, critical thinking and digital fluency. As other nations prepare citizens for an AI-driven economy, Malaysia remains trapped in an outdated mindset that no longer serves its children — or its future

Related