HEADLINES

Sambungan air tidak sah di tapak pembinaan: SPAN sudah keluar notis, potong bekalan

Operasi penguatkuasaan itu isyarat jelas bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas pihak yang disyaki membuat sambungan bekalan air tidak sah

9:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sudah mengeluarkan notis pemberitahuan kesalahan dan melakukan pemotongan bekalan air di sebuah tapak pembinaan di Telok Gong, Klang hari ini.

Menerusi kenyataannya, SPAN berkata, tindakan itu dilakukan selepas pemeriksaan dan siasatan dijalankan pihaknya mendapati, berlaku penyambungan bekalan air secara tidak sah membabitkan paip utama Air Selangor, selain menyalahi undang-undang.

Katanya, difahamkan bekalan air itu digunakan untuk aktiviti pembinaan dan kegunaan harian rumah kongsi pekerja.

“Bahagian Penguatkuasaan SPAN menerima aduan daripada pihak Air Selangor berkenaan sebuah tapak pembinaan disyaki melakukan sambungan bekalan air tidak sah di Telok Gong, Klang, Selangor.

“Bertindak berdasarkan aduan diterima, Bahagian Penguatkuasaan SPAN melaksanakan satu operasi penguatkuasaan bersama pihak Air Selangor pada 11 Januari 2024.

“Operasi penguatkuasaan sebegini adalah isyarat jelas bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana pihak yang disyaki membuat sambungan bekalan air menyalahi undang-undang,” katanya.

Ujarnya, kes itu disiasat di bawah peruntukan Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Jika disabit kesalahan, katanya, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, orang ramai dipohon untuk memaklumkan kepada operator air di kawasan mereka sekiranya terdapat sebarang kegiatan mencurigakan.

“Laporkan kepada operator air di kawasan anda jika terdapat sebarang kegiatan anda syaki berkaitan aktiviti mencuri bekalan air bersih, termasuk membuat penyambungan bekalan air secara tidak sah,” katanya. – 11 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related