◉ HEADLINES

Mana janji Hadi untuk bubar PAS jika kerajaan tak tumbang, soal Lokman Adam

Datuk Lokman Noor Adam mempersoalkan perkara berkenaan di dalam platform X hari ini

9:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang perlu mengotakan janji untuk membubarkan PAS seperti janjinya sebelum ini apabila Kerajaan Perpaduan tidak tumbang dalam masa tiga bulan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam mempersoalkan perkara berkenaan di dalam platform X hari ini.

“Mana janji Hadi Awang untuk bubarkan PAS jika Kerajaan Perpaduan tidak tumbang dalam masa 3 bulan,’’ katanya.

Lokman menulis demikian sebagai mengimbas semula kenyataan Hadi pada Mac tahun lepas di mana Hadi menjangkakan kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi.

“Orang tanya bila berlaku. Ini ramalan. Insya-Allah, (akan berlaku) dalam masa terdekat,’’ kata Hadi ketika berucap pada satu majlis, ketika itu.

Hadi juga dilaporkan berkata, mengikut sistem demokrasi negara, perkara itu boleh dilakukan dan tiada mana-mana pihak boleh menghalang PN untuk menumbangkan kerajaan.

Jelas beliau lagi, keadaan itu biasa berlaku dalam politik termasuk melalui undi tidak percaya atau mendapatkan Surat Akuan Berkanun (SD).

Lokman turut memuat naik video di Twitternya yang memaparkan penganalisis politik, Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi mengulas mengenai peralihan kuasa berkenaan dan bagaimana pengikut parti PAS begitu`walak’ dengan pemimpin mereka.

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, walak bermaksud ‘ketaatan’.

Menurut klip video berdurasi 4.05 minit itu, Awang berkata pemimpin PAS menyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan akan tumbang dalam masa tiga bulan namun apabila ia tidak berlaku, ahli-ahlinya tidak pula mempertikaikan perkara berkenaan.

“Namun cybertroopers kerajaan tak pula guna isu berkenaan. Dia (Hadi) kata dia akan bubarkan PAS dan leraikan Perikatan Nasional (PN). Selepas itu disebabkan berjanji dengan pengikut akan ambil kerajaan,’’ katanya dalam petikan di klip video, yang tidak bertarikh itu.

Menurut Awang, pengikut parti berkenaan juga telah dijanjikan dengan tarikh-tarikh tertentu namun apa yang dijanjikan oleh mereka itu tidak berlaku.

“Kadang-kadang bila sudah ditipu banyak kali, mereka buktikan juga kenapa ini tak jadi dan ini menyebabkan penyokong mereka secara perlahan-lahan mula memikirkan kenapa (perubahan kerajaan) tidak berlaku,’’ katanya.

Awang memaklumkan, beliau pernah bertemu dengan beberapa penyokong PN yang mula beralih arah menyokong Kerajaan Perpaduan. – 12 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related