Sindiket pelacuran tawar perkhidmatan dengan bayaran hingga RM10,000 semalam ditumpaskan

Pasukan operasi menahan antaranya 52 wanita China, 41 wanita Vietnam, 21 wanita Thailand, dua wanita Indonesia dan seorang wanita Laos

4:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket pelacuran dan pusat hiburan di lima lokasi di Ipoh yang menawarkan perkhidmatan melanggan wanita warga asing dengan bayaran sehingga RM10,000 satu malam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha berkata, operasi khas itu dijalankan semalam bermula 11 malam dengan membabitkan dua premis pusat pelacuran dan tiga premis pusat hiburan karaoke, selepas Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya menerima aduan serta mengadakan risikan selama sebulan.

Katanya, modus operandi sindiket di dua premis itu adalah melakukan promosi wanita warganegara asing dengan menggunakan foto mereka melalui Telegram dan WhatsApp.

“Wanita warganegara asing yang dipilih akan diuruskan lelaki warganegara Malaysia yang dipercayai sebagai penjaga premis sebelum pelanggan ke bilik disediakan.

“Bayaran dikenakan ke atas pelanggan di premis antara RM200 hingga RM500 dan untuk outcall girl, bayaran dikenakan adalah antara RM800 hingga RM1,000,” katanya menerusi Facebook.

Operasi itu, katanya, membabitkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Pasukan Taktikal Khas (Pastak), JIM Johor serta JIM Wilayah.

Jafri Embok berkata, transaksi bayaran dilakukan pelanggan adalah melalui tunai atau secara dalam talian sebelum wanita warganegara asing diserahkan kepada pelanggan.

Manakala, modus operandi sindiket di tiga premis lain ditumpaskan JIM itu adalah menyediakan perkhidmatan pelayan wanita asing dan mensasarkan kepada pelanggan tetap sahaja, dengan membuat tempahan melalui panggilan telefon.

Jelasnya, terdapat laluan masuk dan keluar selain pintu masuk utama, bagi pelanggan serta pelayan wanita asing sekiranya pihak berkuasa melakukan pemeriksaan.

“Untuk tempahan bilik, pelanggan dikenakan bayaran antara RM800 hingga RM10,000 mengikut kategori bilik, manakala bagi tempahan wanita warganegara asing dikenakan bayaran RM150 sejam. Sindiket ini sudah beroperasi selama satu tahun dan mengaut keuntungan RM24,000 sebulan.

“Pasukan operasi menahan 52 wanita China, 41 wanita Vietnam, 21 wanita Thailand, dua wanita Indonesia dan seorang wanita Laos. Turut ditahan lapan lelaki Bangladesh, empat lelaki Myanmar dan masing-masing seorang lelaki Indonesia serta lelaki tanpa negara,” katanya.

Beliau berkata, semua individu ditahan itu berusia antara 18 hingga 36 tahun.

Manakala, katanya, tujuh lelaki dan tiga wanita Malaysia yang berperanan sebagai penjaga premis berusia antara 35 hingga 44 tahun turut ditahan.

Ujarnya, jumlah keseluruhan individu ditahan dalam operasi itu adalah seramai 141 orang.

“Pasukan operasi merampas sejumlah kondom, dokumen premis, rekod perniagaan, kunci premis, peralatan seks, 32 pasport China, 15 pasport Vietnam, lapan pasport Thailand, dua pasport Indonesia, satu pasport Myanmar dan wang tunai RM14,155, selain 12 telefon bimbit, kad perakam waktu, tuala serta peralatan kamera litar tertutup (CCTV).

Mengulas lanjut, semua warganegara asing ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta dibawa JIM Perak dan Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ipoh, Perak untuk tindakan lanjut.

“Manakala tujuh lelaki dan tiga perempuan Malaysia ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63. Seramai 69 lelaki Malaysia, dua lelaki Bangladesh dan seorang wanita Malaysia diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

“JIM akan meneruskan tindakan tegas ke atas pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Atipsom),” katanya. – 13 Januari, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related